Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Suntik Bakteria Purba Berusia 3.5 Juta Tahun Dalam Darah Untuk Kekal Muda Dan Hidup Lagi 90 Tahun

25 Sep 2017
One Comment

Kecantikan menjadi sinonim dengan kaum wanita. Demi kecantikan, segelintir wanita sanggup berbuat apa sahaja agar dapat tampil cantik dan menarik meskipun mereka terpaksa membahayakan diri sendiri.

Seorang artis yang berasal dari Munich, Jerman sanggup mengambil risiko berbahaya apabila menyuntik bakteria yang berusia 3.5 juta tahun berasal dari Siberia semata-mata mahu kelihatan muda dan cantik.

Manoush, 45, menyuntik ekstrak bakteria Bacillus F ke dalam saluran darahnya sejak tiga bulan lalu dan mendakwa bakteria tersebut menjadikan dirinya berasa dan kelihatan muda.



Bakteria purba yang dipercayai berasal dari Siberia ini telah dijumpai oleh saintis di barat laut Rusia, Dr Viktor Chernyavsky pada tahun 2009 di mana hasil kajiannya menyatakan bakteria ini amat berbeza dengan kebanyakan sel yang ada, Bacillus F tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan yang dipercayai dapat membantu dalam meningkatkan kesihatan dan memanjangkan umur manusia dengan menguatkan imum badan.

Manoush mendapatkan bekalan ekstrak berkenaan daripada Dr. Anatoli Brouchkov iaitu ketua Jabatan Geocryology di Moscow State University yang juga telah menyuntik dirinya dengan bakteria itu sejak bertahun lalu dan dipercayai kelihatan seperti seorang lelaki muda di mana hasil kajian


Artis yang pernah berlakon dalam filem seram ini memilih untuk menjalani kaedah suntikan bakteria ini selepas menjalani pelbagai pembedahan plastik sejak 20 tahun lalu untuk kelihatan lebih muda.

Jelas Manoush, selepas menerima suntikan sejak tiga bulan lalu, kulitnya menjadi semakin lembut dan anjalan sehingga tidak terdapat sebarang cela jika dilihat dengan teliti.

"Kulit saya menjadi selembut kulit bayi. Anda tidak dapat melihatnya dalam gambar tetapi jika anda melihat saya, anda boleh mengesannya, tiada langsung tanda cela tau kecacatan.

"Saya tidak pernah berasa sebagus ini, tidur saya menjadi sangat lena dan selesa serta masa saya dapat bersenam dengan lebih lama berbandin sebelum ini"ujarnya yang dipetik dari laporan Dailymail.



Meskipun tindakan ibu kepada seorang anak ini mendapat tentangan hebat dari keluarga, namun dia tetap meneruskan kemahuannya untuk tampil cantik, sihat dan muda.

"Ia tidak akan menjadikan saya muda 20 tahun tetapi bagi saya rawatan ini membantu saya untuk hidup 80 hingga 90 tahun lagi.

"Saya tidak peduli apa yang orang kata dan fikir kerana saya akan terus mencari kaedah terbaik untuk kelihatan muda" akhirnya.


Sumber- Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "