Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ilmu Untuk Wanita Suka Hiking, Bagaimana Uruskan 'Khazanah' Jika Tiba-Tiba 'Uzur' Ketika Sedang Berada Di Dalam Hutan

27 Sep 2017

Kegiatan hiking atau mendaki ini menjadi hobi sebahagian besar anak muda sekarang ini terutama golongan mahasiswa. Ada juga yang menjadikan hiking ini sebagai ikutan trend masa kini.

Kaum wanita juga tidak ketinggalan untuk meminati bidang sukan lasak ini, namun sedikit kerumitan apabila tiba masa 'uzur' atau period. Pasti leceh dan tidak tahu apa nak dilakukan tapi tetap ingin pergi mendaki.

Ikuti perkongsian Azrah Aziz, cara menguruskan uzur ketika hiking dan camping. Harap dapat membantu para wanita yang meminati aktiviti lasak memanjat gunung atau bukit ini.


Untuk gegadis, isu period masa dalam hutan ni boleh buat stress jugak. Honestly sepanjang sis hiking, asal trip panjang je sis period, asal period je trip panjang (nasib). Jadi untuk kawan-kawan sis yang tanya macam mana nak buat kalau period dalam hutan, kena kensel trip ke, apa nak buat...maka sis persembahkan ...

Topik period masa hiking/camping (harap semua terima dgn hati terbuka. Kalau malu dok bucu katil sana).

Disclaimer: sis pon budak baru belajar. (Nubis lg). Apa sis tulis ni berdasarkan ilmu diceritakan otai-otai, pengalaman sendiri & sesi perbincangan dalam kumpulan hahah. Siapa ada penambahbaikkan, teknik lebih baik..sila lah share jugak ye.

Bila dah tahu period/bajet-bajet nak period, sis sarankan:



1. Bertenang & jangan lupa sediakan kit period (pic 1 & 2). Bawak pad secukupnya. Selalunya sis tandakan saiz siap2 's/m/on'. Masa hiking sis suka pakai 'on' sebab rasa lg secure.

2. Kit period ni letak tempat senang capai dalam bag sebab mana la tahu emergency nak kene tukar on track.

3.Bagitahu hiking buddy/gogo/guide - make sure jangan sorang-sorang, pergi mana-mana, buat apa-apa eloklah berteman.

4. Seeloknya masa tengah trekking (waktu malam terutamanya) & masa nak tidur, org yang period ni kasi lah dia duduk tengah2 diapit org.

5. Study trek. Kat mana campsite. Ada lwp tak. Info ni penting sbb akan determine kita dpt basuh pad ke tak.

6. Banyakkan berzikir & berfikiran positif.

7. Oh ye. Kalau selalu period pain, bawaklah ubat secukupnya. Sebelum sakit makan ubat sesiap dan layanlah pacak dengan tak ade perasaan.

Dah period satu hal tapi yang paling penting macam mana nak lupuskan bende ni. Untuk step macam mana nak settlekan pad korang tu bolehlah refer pic 3 - 5. Point yang korang kena consider:





1. Ada org tanam pad tapi sis prefer bungkus & bawak keluar sebab kalau tanam, sure ke takde haiwan gali balik? 

2. Sumber air utk basuh pad. Kat campsite, air penting utk memasak, benda lain dah secondary. So kalau air sikit/ air tak mengalir, sis tak basuh tp sis bungkus elok2 dan nnt basuh kat luar.

3. Proses korang nak tukar pad, bungkus etc tu buatlah cepat2. Buat game mcm in 5 secs semua settle. Bukan apa2, bende tu menarik samada yg nyata atau tidak heheh. .

Sis rasa tu je lah kut. Jangan jadikan period penghalang. Hike tetap hike!

Sumber - Azrah Aziz
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "