Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Sebarang Pengakuan Dari Suspek Bakar Tahfiz Direkodkan Sehingga Kini

28 Sep 2017

Susulan kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, dua daripada enam suspek didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini atas tuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru di tahfiz.

Tiada pengakuan direkodkan daripada remaja lelaki yang masing-masing berusia 16 tahun itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin dalam prosiding secara tertutup.

Pihak media dan keluarga mangsa yang telah berada di mahkamah sejak 9 pagi tadi telah diarahkan keluar oleh Siti Radziah bagi laluan prosiding kes yang dijalankan secara tertutup.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 28 November depan sebagai sebutan semula kes.

Manakala, lima remaja bawah umur termasuk dua yang didakwa membunuh dalam kes berkenaan didakwa atas tuduhan memasukkan dadah dalam badan di Mahkamah Majistret Kanak-Kanak Kuala Lumpur, hari ini.

Dua tertuduh berusia 16 tahun mengaku bersalah manakala tiga yang berusia 12, 16 dan 17 tahun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu selepas pertuduhan dibacakan Majistret Zilfinaz Abbas.

“Majistret tidak membenarkan kedua beradik itu diikat jamin atas faktor keselamatan, namun seorang lagi anak guam yang berusia 12 tahun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 dan diikat jamin oleh ibu saudaranya.

Mahkamah menetapkan pada 28 November ini untuk sebutan semula kes bagi laporan ujian air kencing.

Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta perintah pengawasan polis selama dua tahun.

Sumber - Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "