Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Berjaya Hilang 10KG Dalam Masa Dua Bulan Dengan Hanya Minum Jus Epal Dan Peria Katak

28 Sep 2017
2 ulasan

Bentuk badan langsing menjadi idaman ramai orang pada masa kini kerana ingin tampil cantik, sihat serta menarik.

Bagaimanapun, menurunkan berat badan bukanlan sesuatu perkara yang mudah yang boleh dicapai dalam masa yang singkat terutamanya bila kita ada sifat malas. Terdapat segelintir orang yang mengambil masa yang sangat lama untuk berjaya menurunkan berat badan dan itu pastinya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Menerusi perkongsian dari facebook Norafiza Mahmud, wanita ini berkongsi mengenai dia menggunakan dua bahan sahaja untuk menurunkan berat badan yang boleh mencapai 10KG dalam masa dua bulan tanpa perlu mengambil pil-pil kurus yang membahayakan kesihatan.


Mari kita baca perkongsian bermanfaat ini.

Tips Turun 10KG Dalam Masa Dua Bulan

Kau orang betul ke nak diet ni? Nak betul-betul hilang 10kg dalam masa 2 bulan bukan senang tau. Ini game diet ganas! Betul boleh bawak ke?

Bahan- Bahan: Epal hijau, peria katak.


Peria katak lebih dekat dengan anti penuaan dan kesihatan dalaman. Memandangkan diet cara aku adalah diet sihat, kurus dan muda remaja. Jadi, bahan asas diet cara aku merangkumi dari segala bahan yang memberi kesihatan dalaman dan luaran.


Sebiji epal hijau ada lebih kurang 80 kalori sahaja. Kau orang cuba konsistan dengan diet epal untuk menurunkan 2kg berat dalam masa seminggu sebab, epal boleh mengawal nafsu makan kita secara konsistan sekiranya kau orang konsisten dengan pengambilan jus epal dalam diet harian.

Menu diet ni boleh hilangkan berat badan kau orang 2kg seminggu.


Pagi : Jus epal + Telur setengah masak

Lunch : Ikan + Sayur

            Jus epal + Peria katak

Petang : Jus epal + Peria katak.

Aku risau pulak tengok kau orang, risau pancit tengah jalan. Sudahnya, aku kurus sorang-sorang.hahaha.

Ok, siapa yang ON diet dengan aku komen "Yes".

Aku nak happy la sikit kalau ramai geng diet. Bukan apa, seronok tengok kau orang berjaya memikat suami sendiri, bukan suami orang.hihihi.

Kali ni menu kita lain sikit, menu ni boleh digunakan untuk kau orang yang cuba-cuba nak diet waktu menyusukan atau selepas.


Peria katak ni pahit sikit, sebab itu aku jadikan epal bahan asas untuk diet.

Cara-cara:


  • Sebiji epal + separuh peria katak
  • Blend dan tak perlu tapis tau
  • Sebab kita nak ambik serat dia




Serat dia banyakkan, mampu membuatkan perut kau orang kenyang gila-gila.

Macam biasa, diet aku adalah diet sihat dan kurus dan kulit yang cantik. Arrrrr, pakej terus diet aku ni. Mampu?

Kalau haritu, epal dengan timun. Yang ini epal dengan peria katak ok. Mula-mula kau orang minum memang tekak rase tak boleh terima. Tapi, bila dah di amalkan selalu jadi sedap!
Pejam mata, tutup hidung!

Sumber- Norafiza Mahmud
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "