Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Paling Takut Dengan Pujian," Thanabalan Akan Jadi Pemandu Lori Jika Tidak Bermain Bola Sepak

9 Sep 2017

Siapa yang tidak kenal dengan N. Thanabalan, penyerang sensasi skuad bawah 22 tahun (B22) negara. Namanya meniti di bibir para peminat bola sepak tanah air kerana tampil dengan aksi cemerlang ketika beraksi dalam temasya Sukan SEA yang lalu.

Sebut saja namanya, pasti teringat tandukannya ketika menjaringkan gol kemenangan menentang skuad B22 Indonesia. Jaringan tersebut telah membawa skuad kebangsaan ke final menentang namun tewas dalam perhitungan menentang Thailand.


Umum sudah mengetahui kisah hidupnya sekeluarga. Thana telah mengambil alih tanggungjawab menjaga keluarga setelah bapanya lumpuh akibat kemalangan. Kisah pengorbanannya memang amat mengharukan.

Namun ramai yang tidak tahu sisi lain hidupnya. Ketika disoal oleh apakah yang paling ditakutkan dalam hidupnya, kita pasti menjangkakan jawapan seperti ular, tempat tinggi ataupun mungkin takut dengan gelap. Namun jawapan ringkas Thana memang mampu membuat kita tersentak. Thana sebenarnya takutkan dengan pujian!!! Ya, pujian.

Jika diperhatikan, memang wajar Thana takut dengan pujian. Dengan namanya tiba-tiba menjadi sebutan, selain dijadikan bahan penulisan di media cetak mahupun media sosial, Thana seolah-olah selebriti popular yang menjadi perhatian orang setiap masa.

Aksinya menentang skuad Indonesia, Myanmar dan Singapura memang menakjubkan. Dia takut dengan pujian tersebut, membuatkan dia lalai dan akhirnya lupa dengan matlamat hidup.

Ternyata Thana mengambil iktibar dari kisah-kisah pemain bola sepak hebat yang lain, mendapat kemasyhuran secara tiba-tiba, tanpa sedar karier mereka semakin jatuh menjunam.

Contohnya bekas pemain Red Devil, Dwight Yorke. Kariernya musnah gara-gara terlalu hanyut dengan populariti, kemewahan dan wanita.

BACA: Walaupun Dia Sibuk Latihan, Tapi Dia Tidak Pernah Abaikan Keluarga - Bapa

Sikap merendah diri jika digengam erat oleh Thana serta sentiasa berpijak di atas bumi yang nyata, jalannya untuk menggapai impian sudah pasti terbentang luas. Paling penting, dia harus tahu batasan-batasan yang dia perlu jaga. Tidak salah untuk menikmati sedikit perhatian yang diberikan itu.

Thana sendiri mengakui, perhatian yang diraih ketika ini sedikit sebanyak membatasi pergerakannya. Dia disapa dimana-mana sahaja oleh peminat. Namun, Thana harus akur yang dia kini sudah pun bergelar selebriti sukan tanah air.


Satu sikap yang harus dipuji, Thana tidak pernah mengabaikan keluarganya. Thana sedar dia datang dari keluarga yang susah, jadi bola sepak yang juga minatnya itu adalah satu-satunya cara dia mencari rezeki membantu keluarga.

Kata Thana, jika dia bukan seorang pemain bola sepak hari ini. Dia mungkin bekerja sebagai pemandu lori ataupun berkerja kilang disebabkan tahap pengajiannya yang sederhana bagi membantu kehidupannya sekeluarga.

Ketika diajukan dengan soalan, jika meraih wang tunai RM 1 juta, membina rumah yang selesa buat keluarga adalah perkara pertama yang akan dilakukan olehnya. Selebihnya, dia akan memulakan perniagaan.

Sikap merendah diri Thana ini memang harus dicontohi oleh pemain bola sepak yang lain. Akhir kata, ucapan selamat maju jaya untuk Thana, sesungguhnya peminat bola sepak tanah air pasti merindui aksinya bersama skuad kebangsaaan.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam
  2. Swin888.blogspot.com
    swin888strong.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    bit.ly/601126119352
    bit.ly/60143227846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    COME TRY LUCK. MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    #SCR888 ->>> INDIAN MYTH
    #LPE88 --->>> AZTECA
    #JOKER123 --->>> HUGA
    #GW99 ---->>> GOLDEN ROOSTER
    #SKY777 --->> KING PHARAOH
    #sky99 --->>> ICELAND

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "