Bekas anggota kumpulan Elite, Hana memfailkan tuntutan saman terhadap Watie Sadali berikutan kegagalan aktres itu untuk membayar ganti rugi berjumlah RM 707,351.83 yang diperintah oleh Mahkamah Sesyen Selayang pada 10 Mac 2015 lalu.
Penyanyi dan pelakon Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 41, menjelaskan bahawa dia tidak berkemampuan untuk membayar jumlah yang dituntut Hana kerana tidak berkemampuan.
"Saya tak mampu membayar jumlah tuntutan RM707,351.83 kerana tidak ada pendapatan tetap dan bukannya orang kaya," katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding yang dijalankan di dalam kamar Hakim Rasyihah Ghazali.
Pada 18 Mei lalu, Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 39, memfailkan samannya sekali lagi terhadap Watie selepas aktres tersebut gagal menjelaskan hutang berkenaan sehingga kini.
Dalam permohonan saman itu juga, Hana memohon mahkamah untuk mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Watie gagal hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berkenaan kegagalannya membayar hutang berkenaan.
Watie hadir ke mahkamah ditemani oleh suaminya, Joey yang juga merupakan seorang pelakon.
Watie menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai niat untuk melarikan diri dari membayar hutang tersebut sebaliknya dia tidak mampu untuk menjelaskan jumlah sebanyak itu.
"Saya bukan hendak melarikan diri daripada membayar ganti rugi itu tapi jujur saya katakan jumlah itu memang di luar kemampuan saya dan pendapatan saya pun bukannya banyak dan masih berlakon untuk mendapatkan wang.
"Jika saya mempunyai perniagaan yang besar dan berjaya memang saya akan bayar tetapi memang saya tidak mampu.
"Sebab itu saya mohon rayuan kepada mahkamah agar jumlah itu dikurangkan dan itu pun saya boleh lunaskan secara ansuran bulanan," katanya.
Mahkamah menetapkan tarikh 11 Oktober depan untuk perbicaraan kes itu.
Terdahulu, Hana memenangi kes saman terhadap Watie selepas wanita itu gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.
Hana mendakwa dirinya telah membuat pinjaman bank bagi pihak watie pada September 2005 sebanyak RM 150,000 kerana pelakon tersebut tidak layak untuk membuat pinjaman.
Namun, pelakon terbabit gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010.
Akibat kejadian itu, Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan perkara itu tersebar di blog sehingga mendatangkan malu kepadanya.
Menurut Hana juga, perkara tersebut memberikan kesan negatif kepada kariernya dan tekanan kepada dirinya sendiri.
Sumber- Harian Metro
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
BalasPadamditunggu apalagi,ayo buruan daftar