Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lihatlah Keadaan Dunia Sekarang, Bunuh, Buli Dan Zina Bukti Generasi Kita Generasi Yang Tenat

18 Sep 2017

Malaysia masih lagi berduka dengan tragedi menyayat hati kebakaran tahfiz yang mengorbankan lebih dari 20 orang. Tapi yang lebih mengejutkan adalah punca kepada kejadian itu dan si pelakunya. Siapa sangka, dendam antara remaja boleh membawa kepada satu kejadian yang mengerikan. Dengan tersebarnya gambar-gambar suspek pembunuh pelajar tahfiz, pasti ramai daripada kita terkedu melihat kepada wajah-wajah suspek yang masih lagi di bawah umur.

Namun kejadian tersebut hanyalah sebahagian daripada masalah-masalah yang melibatkan remaja kita. Kes buli, samseng jalanan, zina dan buang bayi serta bunuh adalah antara gejala sosial yang melanda remaja masa kini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai sebagai Haatim Roslan telah berkongsi pendapatnya mengenai generasi hari ini serta memberikan beberapa saranan yang boleh diambil perhatian. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda.


Generasi yang tenat.

Mari lihat balik peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2017.

18 Feb : 8 nyawa remaja melayang dirempuh kereta di lebuhraya pada jam 2 pagi.


1 Jun : Seorang siswa UPNM dibuli dan diseterika seluruh badannya sehingga mati.


10 Jun : JPN mengesahkan hampir 500K lebih anak luar nikah daripada tahun 2006 sehingga Jun 2017.


14 September : 7 remaja ditahan kerana telah menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiyah dan menyebabkan 20 orang mati syahid. Dan diantara suspek masih dibawah umur.


Dan ada banyak lagi peristiwa lain.

Bukalah mata.

Something wrong pada generasi yang kita lahirkan sekarang.

Bukannya masa untuk menuding kesalahan pada sesiapa. Dan masih tidak terlambat untuk mengubahnya.

Awamnya tahu,

Pendidikan itu bermula di rumah. Kanak-kanak akan melihat dan belajar daripada suasana keadaan persekitarannya dalam meniti usia remaja.

Kata Baginda saw.

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ وَيُنَصِّرَانِهِ وَيُشَرِّكَانِهِ

"Tidaklah seorang bayi yang dilahirkan melainkan dalam keadaan fitrah, maka Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Musyrik."

Saya berpesan pada ibu bapa bantulah kami guru untuk membentuk akhlak yang terbaik buat anak-anak kalian.

Hindarilah perkataan yang tak elok.

Lazimilah anak-anak sejak dari lahir untuk mendengar ayat-ayat suci Quran.

Selalulah menasihati anak-anak.

Ajarlah anak menutup aurat dengan sempurna.

'Ada' kan masa untuk bersama keluarga.

Paksalah anak untuk solat.

Lihatlah keadaan dunia sekarang.

Jangan terlalu alpa mengejar harta sampai terlupa harta yang lebih bernilai didepan mata. Anak adalah aset dan pemberi syafaat dihari yang mana harta sebesar dunia pun takkan dapat membantu lagi,

Semoga kita, dapat bersatu kembali diakhirat nanti sebagai sebuah keluarga tanpa ada yang tertinggal.

Doa saya.

رَبَّنَا هَبۡ لَـنَا مِنۡ اَزۡوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعۡيُنٍ وَّاجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِيۡنَ اِمَامًا‏

Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati , dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.

Akhir kata,

Tepuk dada, tanya iman.

Anak jenis apa yang kamu ingin lahirkan?

Sumber :Haatim Roslan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "