Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hukuman Mati Sebagai Pengajaran - Ibu Mangsa Kebakaran

18 Sep 2017

Ibu kepada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Khamis lalu berharap kesemua suspek itu diberi hukuman yang setimpal iaitu hukuman mati sebagai pengajaran kepada yang lain.

Hermayani Normatias, 38, ibu kepada mangsa, Indrakurniawan Mohd Amirul, 11, antara tiga yang masih mendapat rawatan di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

Katanya, tanpa hukuman setimpal dibimbangi suspek akan mengulangi kesalahan sama atau lebih teruk.

"Saya dimaklumkan dua suspek mempunyai kes lampau tetapi dibebaskan. Sekarang dia terbabit dalam kejadian meragut nyawa 23 orang lain.Tiada jaminan untuk mereka berubah.

"Pihak berkuasa juga perlu menyiasat apa yang mempengaruhi kanak-kanak dan remaja berkenaan kerana perbuatan mereka seolah-olah dipengaruhi pengganas atau ekstremis.

"Jika ini dilakukan kumpulan ekstremis mungkin tidak mengejutkan tetapi ia dilakukan golongan kanak-kanak dan remaja," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan anaknya melecur di belakang sampai pinggul kira-kira 23 peratus, melecur di kedua-dua belah tangan, sebelah kakinya patah dan tidak sedarkan diri akibat ubat sedatif, ketika diminta mengulas megenai perkembangan anak sulungnya itu.

"Dia terjun keluar tingkap ketika kejadian itu dan diselamatkan jiran," katanya.

Dia juga belum pasti sama ada mahu anaknya meneruskan pengajian di situ atau sebaliknya, tambahnya.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "