Buat pertama kalinya di Malaysia, penyanyi dan kumpulan Muzik terkenal Indonesia yang berbeza genre iaitu ‘pop/balada’ dan ‘rock/balada’ bergabung dalam satu konsert yang pastinyaditunggu-tunggu peminat muzik tempatan.
Konsert Terunggul Afgan dan Ungu dijadualkan akan berlangsung pada 6 Oktober 2017 (Jumaat), pukul 8.30 malam bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam yang menampilkan Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan sebagai bintang utama dan kumpulan Ungu sebagai pembuka tirai.
Walaupun sudah beberapa kali Afgan mengadakan konsert di Malaysia, tetapi kali ini konsert yang dianjurkan oleh Popcorn Studio Sdn. Bhd menampilkansesuatu yang berbeza dari penganjuran sebelum ini kerana pada kali ini Afgan akan membuai perasaan peminat dengan persembahan dengan seleksi lagu-lagu hits mereka selain selingan lagu-lagu popular masa kini.
Konsert yang bertemakan rock dan jazz balada ini dijangkan akan berlansung selama dua jam dengan Afgan akan menanyikan lagu-lagu terkenalnya seperti 'Terima Kasih Cinta', 'Padamu Ku Bersujud', 'Jodoh Pasti Bertemu', 'Katakan Tidak', 'Untukmu Aku Bertahan' dan 'Pesan Cinta' termasuk 'Bukan Cinta Biasa' yang melodinya digubah semula.
Bagi penampilan kumpulan Ungu di pentas pula, mereka pastinya akan mencipta mood ‘cinta’ pada pembukaan tirai konsert dengan alunan lagu-lagu rock balada popular mereka seperti 'Tercipta Untukku', 'Demi Waktu', 'Kekasih Gelapku', 'Cinta Dalam Hari' dan 'Aku Tahu'.
Tiket konsert dijual pada harga RM130 (Bronze), RM150 (Silver), RM200 (Gold), RM200 (Rock Zone), RM250 (VIP) dan RM350 (Platinum) boleh didapati melalui www.ticketpro.com.my.
Penganjuran kali ini pasti meriah kerana Popcorn Studio Sdn Bhd merupakan penganjur berpengalaman dimana mereka pernah menjayakan beberapa acara besar antaranya Konsert Raya @Oasis yang menampilkan artis lokal seperti Anuar Zain, Ella dan Man Kidal serta Laugh Die You – sebuah ‘stand up’ komedi menampilkan artis komedi ternama tanah air dan luar negara dalam satu pentas.
Antara artis yang pernah membuat persembahan di Laugh Die You ialah Gurmit Singh, Kumar, Douglas Lim dan lain-lain mendapat sambutan luar biasa penggemar ‘stand up’ komedi di Malaysia dan juga Singapura.
Apa lagi, jom kita sama-sama gegarkan Stadium Shah Alam, jangan lupa temujanji anda dengan mereka pada 6 Oktober 2017. - Siakapkeli.my