Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Demam Denggi Bukan Penghalang Dek Wan Pecut Laju Untuk Rangkul Pingat Emas Acara 200 Meter

23 Sep 2017
No Comment

Meskipun dirinya tidak begitu sihat gara-gara demam denggi, atlet ini berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul pingat emas dalam acara 200 meter (m) T36 (celebral palsy) dengan catatan 26.03s.

Mohammad Ridzuan Mohamad Puzi atau lebih mesra disapa Dek Wan dilihat mengerah sepenuh tenaganya bagi melakukan pecutan kira-kira 50m terakhir sekaligus menewaskan pesaing dari Indonesia, Muhamad Agung Laksana yang memenangi pingat perak dengan catatan 26.20s.

Kepantasan pecutan atlet hebat ini membuatkan seorang lagi pelari negara, Mohd Rezza Md Rashid terpaksa berpuas hati di kedudukan pingat gangsa dengan catatan 26.69s.


Terdahulu, Mohamad Ridzuan pernah memenangi pingat emas acara 100m T36 di temasya Paralimpik Rio, Brazil 2016. Dek Wan tidak diturunkan bagi acara 100m dan 400m kerana disyaki mengalami demam denggi sejak khamis lalu. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini, dia terus dipantau pasukan perubatan Institut Sukan Negara (ISN).

“Syukur Alhamdulillah, saya dapat buat yang terbaik, saya amat gembira dapat beraksi dan menyumbangkan pingat emas untuk Malaysia ... terima kasih semua,” kata Mohamad Ridzuan yang berasal dari Padang Besar, Perlis ketika ditemui di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Sementara itu,  R Jeganathan, ketua jurulatih olahraga negara berkata, beliau berpesan kepada Mohamad Ridzuan agar tidak terlalu memaksa diri sendiri kerana dia masih di bawah seliaan doktor.

Bagaimanapun, Jeganathan berkata, beliau yakin dengan semangat juang anak didiknya itu apabila ketika sesi percubaan larian, Dek Wan mampu berlari

Sumber- Harian Metro 

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "