Mencederakan anak dan isteri kerana semata-mata marah dikejut dari tidur mungkin kedengaran agak gila, namun itulah yang terjadi negara jiran kita, Indonesia.
Stangley yang berang diganggu dari tidur bertindak memukul kepala dua anak dan isterinya menggunakan tukul besi sebelum mengamuk dengan merosakkan harta benda jirannya.
Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku pada jam 4 petang semalam di kawasan perumahan di Kampung Kalodran, daerah Walantaka, Kota Serang.
Ketika kejadian, salah seorang daripada anaknya telah mengejutkan dia dari tidur, dia kemudiannya mencapai tukul besi sebelum memukul kepala dua orang anaknya Marcel, 8, dan April, 5, sebelum bertindak memukul kepala isterinya Diah, 35.
Harahap, Ketua Rukun Tetangga kawasan tersebut berkata, jiran-jiran di sekeliling menyedari kejadian tersebut apabila mendengar jeritan isterinya meminta tolong.
Mereka kemudiannya menuju ke rumah mangsa untuk menyiasat apa yang berlaku, Stanley kemudian keluar dari rumah dan mengamuk lalu memecahkan cermin tingkap dan beberapa buah kenderaan jirannya.
"Penduduk kampung kemudian keluar beramai-ramai dan menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis," katanya.
Stanley kini ditahan polis Kota Serang manakala anak dan isterinya ditahan di hospital akibat cedera parah di kepala.
Sumber : BH Online