Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Luahan Hati Seorang Bapa Kepada Pelajar Tahfiz, Realiti Sekolah Tahfiz Di Malaysia

19 Sep 2017
No Comment

Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sudah pasti meruntuhkan hati semua masyarakat. Kebakaran yang meragut nyawa 21 orang pelajar dan dua orang warden asrama tersebut menjadi bualan beberapa hari ini.

Segelintir pihak menyarankan agar pusat-pusat tahfiz tidak berdaftar ini ditutup keana dikatakan tidak selamat. Walaupun mereka ini sebenarnya kurang megetahui dan berpengalaman mengenai pusat-pusat tahfiz ini.

Namun begitu, tidak ketinggalan juga, seorang bapa kepada anak pelajar pusat tahfiz Sheik Amir Hussien meluahkan rasanya  mengenai isu tahfiz ini.

Assalamualaikum

Rentetan tragedi Maahad Tahfiz baru ini izinkan saya untuk meluahkan rasa sebagai seorang ayah yang menghantar anaknya ke Mahaad Tahfiz.

Ini adalah berikutan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai kejadian tersebut. TPM mengatakan jangan gadaikan keselamatan untuk akhirat... ada selebriti yang begitu lantang marah dengan mudir dan pengurusan tahfiz... ada figura ternama yang minta semua tahfiz tidak di daftar ditutup serta merta... ramai pula yang mempertikaikan ibu bapa tidak mementingkan aspek keselamatan....

Sebenarnya saya juga tidak tahu banyak mengenai tahfiz sebelum saya menghantar anak saya ke tahfiz 3 tahun yang lalu. Naufal seawal usia 9 tahun telah menyatakan minat untuk masuk tahfiz... tanpa melengahkan masa kami mengambil ķeputusan untuk menghentikan sekolah akademiknya (walaupun dia cemerlang dalam akademik) dan mencari tahfiz yang sesuai.... baru kami sedar bukan senang mencari tahfiz....

1. kalau yang berdaftar biasanya akan hanya menerima pelajar 13 tahun ke atas

2. kalau yang cantik dan lengkap dan di kelolakan oleh ustaz selebriti biasanya mahal dan di luar kemampuan kami dan agak jauh dari rumah..

Akhirnya kami ketemu sebuah tahfiz yang baru di buka di pinggir TTDI Jaya.... rumah corner lot yang serba kurang.... tapi saya berbincang denga isteri mengambil keputusan untuk hantar juga... bukan tidak terdetik apa yang akan berlaku jika ada kebakaran kerana tidak ada pintu kecemasan...... tetapi seperti ibu bapa lain yang menghantar anak le tahfiz.... kami bukan menyerahkan anak kepada tahfiz tetapi mewakafkan anak ini untuk Islam dan yakin Allah mempunyai perancangan yang baik untuknya...

Tapi tahukah berapa kali kami pernah menangis bila menghantarnya pulang lepas bercuti..... dapatkah aku lihat wajah ini lagi ya Allah....

Tahun lepas kami mengambil keputusan untuk menukarkan tahfiz lain dan tidak berasrama... ulang alik dari pukul 7.30 pagi ke 9mlm... Hari pertama menghantar naufal ke tahfiz, kebakaran berlaku di tahfiz memusnahkan sebuah bilik... alhamdulillah semua pelajar berada di surau untuk solat maghrib... tapi kani tidak berputus asa dan meneruskan juga kerana menghantar anak ke tahfiz ujiannya bukan sedikit.

Kami bukan lah bercita cita untuk menjadikan dia imam Masjidil Haram atau pun imam masjid shah alam sekali pun.... seperti ingatan saya pada Naufal selalu... Naufal boleh jadi apa pun yang Naufal hendak apabila besar.... dari seorang doktor kepada peniaga minyak attar di sudut masjid. tetapi akhlak Naufal kena akhlak Al-Quran...

Mungkin ramai yang tidak tahu kebanyakan tahfiz mengenakan bayaran antara rm200 ke rm400 sebulan. ini termasuklah sewa, gaji guru.. gaji warden.. makan 4 kali sehari.. tempat tinggal dan sebagainya... congak la sendiri kalau cukup.

Biasanya pusat tahfiz akan cari sendiri dana bagi menampung lebihan perbelanjaan mereka. nak mengharapkan pusat zakat.. baitulmal.... mmphh macam2 syarat dan kelulusan.
nak mengharapkan koporat ada yang mengenakan syarat hanya yang ada aliran agama dan akademik yang dapat bantuan. belum lagi yang meminta kertas kerja dan kelulusan dan sebagainya...

Tahfiz dipandang sepi... anak2 tahfiz pula... seringkali dikata sejuk mata memandang.... jemputan ke majlis kenduri tahlil.. cukur jambul.. rumah baru dan sebagainya... dapat rm5 atau 10 seorang.. itu lah fungsi tahfiz di tengah2 masyarakat kita.. Tapi tahukah anda banyak mana zaman k anak2 dan remaja yang telah mereka korbankan untuk terus menjadi pewaris naskah mukjizat ini?

Dengan izin Allah.. mereka la yang akan memimpin kita sebenarnya.... Kami yang inginkan anak2 menjadi tahfiz faham benar tentang keperluan keselamatan tetapi adakah kami mempunyai pilihan?
kami bukan menghantar anak ke Yamaha muzik... Kumon atau Montesorri berjenama untuk kani demand itu dan ini dari pihak tahfiz... kami faham benar dengan kekangan kewangan tahfiz... sekali lagi kami berserah pada Allah..

Apabila sesuatu berlaku pada tahfiz kena begitu mudah menyalahkan ibu bapa dan ustaz tahfiz.... bukannya ustaz2 tu yang buat marketing supaya kami daftar.... kami yang mencari dan redha menghantar... kami yang memilih jalan itu.... bagi kami ustaz tahfiz banyak berkorban untuk mendidik jiwa2 kecil ini... kami terhutang budi... sehingga kini menghantar Naufal setiap pagi ... saya akan menciumnya dan memandang dalam matanya.... hati saya siapa yang tahu....

Kalau kerajaan ikhlas menolong kenapa tidak adakan aliran tahfiz di sekolah2 terpilih... Tahfiz tanpa akademik! ada bran? Kenapa tidak mudahkan proses pelesenan... kenapa campur adukan politik dengan sekolah tahfiz? jangan bimbang serban putih ini tidak menggugat.... Kenapa tidak ada menteri yang bangun mengatakan tahfiz akan di bantu ... dibinakan bangunan dan di selaraskan di bawah kem pendidikan....

Kenapa tidak ada suara2 untuk memartabatkan institusi tahfiz.... berdiri gah seperti sekolah chung hwa.... pin hwa.... hin hwa... kwang hwa (go visit this schools in Klang)... Sampai bila kita hendak melihat tahfiz... menumpang disurau... rumah2 kedai..... rumah2 corner yang di ubahsuai.... dan rumah2 banglo usang yang tak tahu bilakah pendawaiannya pernah diselenggara kali terakhir....? ustaz2nya memandu van buruk membawa anak2 ini ke kenduri sana sini.... sampai bila...
berapa banyak nyawa lagi?

Saya pohon sekali lagi ......
Jangan komen jika tidak tahu apa yang dialami oleh institusi pendidikan tahfiz.. Jangan salahkan mudir atau pengurusan tahfiz. Mereka telah banyak berkorban.... Jangan kata ibu bapa tidak peduli. kami punya kekangan kewangan juga untuk memilih tahfiz yang Bertilam empuk dan spinkler sana sini. Bantu la anak2 tahfiz... kita tidak tahu siapa di antara mereka yang akan solat dan talkinkan kita nanti...

Maafkan saya jika terkasar bahasa dan doakan Naufal.......

Wallahualam & Selamat Hari Malaysia


Sumber - Sheik Amir Hussien
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "