Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) "Aku Tak Gila, Aku Masih Normal," Wanita Luah Rindu 'Dating' Dengan Pusara Arwah Suaminya

7 Ogo 2017
3 ulasan

Kehilangan seseorang yang kita sayangi merupakan suatu perkara yang amat sukar untuk kita lalui. Apatah lagi banyak kenangan manis yang kita lalui bersama.

Kebiasaanya kita mengambil masa bertahun-tahun untuk mengubati luka dan rasa rindu dalam hati. Namun begitu, terdapat juga segelintir yang tidak mampu untuk menghilangkan rasa sedih yang melanda.

Sekiranya seseorang itu mampu melupakan peristiwa kehilangan orang tersayang dalam masa yang singkat pasti ianya memiliki hati yang cekal dan teguh.

Perkongsian dari laman facebook wanita yang dikenali sebagai Ahteng Sepet, dapat dilihat dia menjalani hari-harinya yang sarat dengan perasaan rindu terhadap arwah suaminya yang telah meninggal dunia.

Beliau yang baru kehilangan suami tercintanya kini sering memuatnaik status luahannya di laman Facebook, itu mungkin caranya untuk menzahir dan meluahkan kerinduaannya terhadap suaminya yang sebelum ini sah menjadi khalifah baginya.

Jom kita baca luahan beliau.

Nah, buat kawan-kawan yang rindu Kapten Sazali Sakiran. Aku dah sampaikan salam rindu korang kat abam misai aku. Harap-harap rindu tu sampai pada dia.

Rindu.

Puas hati aku harini 2 kali aku dating kat kubur. Punya panas cuaca harini, tapi aku tak peduli. Kalau boleh, aku bentang tikar pacak khemah tidur situ berhari-hari pun aku sanggup. Teringatkan bos aku punya petir, tak jadi aku nak ponteng kerja. Hahahahaha!

Dulu aku ada jasad yang aku boleh peluk cium, ada jasad yang aku boleh tenung setiap hari. Sekarang aku cuma mampu tenung gambar & tanah kubur kau je abang. Haish, dapat peluk cium batu nisan kau pun aku dah cukup seronok bahagia tau. Lagi best dari peluk bantal seahorse kau.
Haih lah abang. Untung kau dapat bini macam aku. Steady sayang kat kau biarpun kau 7 kaki kat bawah dah.

Hah, aku pun nak belagak juga. Siapa kata suami dah takde aku takleh ajak selfie? 😏 Kau ada laki pun kadang laki kau tak nak selfie dengan kau. Lagi untung jadi aku, laki aku tak refused aku ajak selfie. Hahahaha!

Well, aku tak gila. Aku tak bodoh. Aku tak bangang. Aku masih normal. Aku tahu ada spesis jibaok akan mengata aku selfie kat kubur laki aku. Ahh, lantak lah. Laki aku kot. Kang aku selfie kat kubur apak kau lagi haru. Hahahahaha.



Kepada sang suami, aku sayang kau. Tak pernah berkurang walau seinci. Rindu ni tak pernah berkurang walau sesaat. Jenguk-jenguk lah bini kau ni dalam mimpi ye. Tapi kan, kalau kau masuk mimpi aku mengarut-ngarut, elok kau jangan masuk. Hahahahah! Okbye sayanggg
Alfatihah buatmu suamiku Kapten Sazali Sakiran ❤️

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rata-rata rakan dan netizen yang mengikuti kisahnya dari awal sehingga kini dilihat memberikan kata-kata semangat kepadanya agar tabah dengan dugaan ini, apa pun semoga beliau terus tabah, teruskanlah menulis jika itu caranya beliau dapat mengurangkan sedikit perasaan sedihnya kehilangan suami tercinta. - Siakapkeli.my

Sumber- Ahteng Sepet
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di AJOQQ
    Deposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 15 rb

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "