Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) 'Terima Kasih Abang Bomba' - 'Detik Mendebarkan Bomba Selamatkan Kucing Tersangkut Tinggi di Dinding Melawati Mall

9 Ogo 2017


Satu video viral merakamkan aksi heroic dari anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia yang sanggup merisikokan nyawa untuk menyelamatkan nyawa seekor kucing yang tersangkut di dinding di Melawati Mall.

Pengguna Twitter, Dena Bahrin, memuat naik video itu dengan berkata: "YA ALLAH, NERVOUS GILA ABANG BOMBA SELAMATKAN KUCING ! I CRIED! " katanya sambil menyatakan lokasi kejadian adalah Taman Melawati.

Video berdurasi satu minit enam saat itu menunjukkan seorang anggota bomba memanjat tinggi di bangunan terbabit untuk mencapai kucing tersebut.

Bagaimanapun, keadaan menjadi cemas apabila kucing itu melarikan diri apabila anggota bomba terbabit hampir mencapainya.

Keadaan menjadi lebih getir apabila kucing itu hampir terjatuh ketika melarikan diri


Namun ia berjaya mengangkat dirinya semula tidak lama selepas itu.

Pada saat ke 54 video tersebut, anggota bomba berkenaan terus cuba mendekati kucing terbabit. Ketika hampir tiba, kucing itu sekali lagi menggelabah dan cuba mencari jalan untuk melarikan diri.

Akhirnya, kucing itu cuba melompat melompat untuk menyeberangi gelas kaca yang menghalangnya namun gagal. Dan ketika itu, ia hilang keseimbangan badan, lalu terjatuh kebawah.

Nasib baik sudah ada anggota bomba lain yang sudah bersedia untuk menyambutnya dibahagian bawah.

Tonton video kejadian dibawah:


Aksi mendebarkan itu mendapat pujian dari orang ramai yang rata-rata berterima kasih kepada anggota bomba yang sanggup membayakan nyawa untuk menyelamatkan satu nyawa biarpun seekor kucing.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "