'Dalam Keadaan Berlumuran Darah, Saya Sempat Memeluk Isteri yang Hilang Kawalan...' - Suami Ditetak Dedah Hasrat Berpoligami Bukan Punca Kejadian
KUALA KRAI: Biarpun menerima jahitan di beberapa bahagian di kepala akibat ditetak oleh isteri, bapa kepada enam anak itu tetap memaafkan isterinya dan menjelaskan perkara sebenar disebalik kejadian itu.
Lelaki berusia 55 tahun itu yang juga seorang kakitangan kerajaan berkata: "Saya tetap maafkan isteri tersayang walaupun menerima lebih 200 jahitan," namun menurutnya kejadian itu berlaku bukan berpunca dari hasrat mahu berpoligami.
Menurut beliau, isterinya bertindak sedemikian selepas perbuatannya menipu sehingga membangkitkan kemarahan wanita berusia 56 tahun itu.
"Ramai yang salah anggap, jujurnya isteri serta enam anak sudah memberi keizinan untuk saya berkahwin dengan wanita yang dikenali lebih dua tahun lalu.
"Isu itu tidak berbangkit kerana pada hari kejadian, saya menipu isteri mengatakan keluar menonton bola, sedangkan saya berjumpa dengan teman wanita. Akibat penipuan itu, isteri saya gagal kawal perasaan sebelum ke dapur mengambil pisau dan menetak tubuh badan saya.
"Dalam keadaan berlumuran darah, saya sempat memeluk isteri yang hilang kawalan sambil memujuknya supaya bertenang sebelum ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya sebagaimana lapor BH Online.
Dalam masa yang sama, beliau menganggap kejadian itu sebagai iktibar kepadanya supaya tidak menipu isteri pada masa akan datang dan akan bercakap benar dalam apa jua situasi.
"Saya tidak pernah salahkan isteri walaupun ditetak kerana saya sedar dalam kes ini saya yang silap, bukannya isteri. Isteri mana yang tidak marah sekiranya suami mereka menipu, begitu juga dengan isteri saya.
"Selepas ditetak, saya menumpang di rumah kawan selama dua malam supaya isteri bertenang dan alhamdulillah hubungan kami sudah pulih seperti sedia kala dan saya tidak sesekali menyimpan marah atau dendam terhadap isteri," katanya yang sudah 35 tahun berkahwin.
Katanya, insiden itu juga tidak mematahkan hasratnya untuk berkahwin dua kerana semua sudah setuju dengan perancangannya, namun dia akan berbincang secara terperinci dengan isteri dan bakal isteri.
"Insya-Allah kalau ada jodoh tidak ke mana. Saya sudah mengenali wanita yang juga janda anak dua itu sudah lama dan isteri juga reda sekiranya saya berkahwin lain," katanya.
Sumber: BH Online
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)
BalasPadammari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
ditunggu yahhh kehadiran anda
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877