Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Selamat Tinggal Suamiku', Nukilan Sayu Wanita Kehilangan Suami Akibat Kanser Lidah Yang Mulanya Disangka Hanya Ulser Mulut Biasa

9 Ogo 2017

Kehilangan suami tercinta yang mana pergi buat selama-lamanya, disebabkan oleh kanser lidah, bukanlah sesuatu yang dapat dihadapi dengan kuat oleh semua orang.

Tapi, inilah yang dihadapi oleh Rezy Selvia Dewi yang dinukilkan dalam laman sosial Facebook miliknya.

Apa yang disangkakan selama ini hanyalah ulser mulut yang biasa, rupa-rupanya kanser lidah tahap 4. Yang mana pada awalnya, banyak kemungkinan yang menyebabkan sakit pada bahagian mulut.

Dari segi pemakanan, juga kekerapan merokok juga, tidak dapat dipantau dengan lebih baik olehnya, disebabkan sibuk menjagan anak sulongnya.

Mari kita baca dan ikuti kisah pilu yang ditulis olehnya ini untuk mengetahui akan lebih lanjut.


Selamat tinggal suamiku

" Mii, ulser dalam mulut abbi ni buat hilang selera makan," habis kerja, suamiku menolak untuk makan walaupun terhidang lauk ayam kegemaran.

Setiap hari suami selalu mengeluh tentang ulser di lidahnya yang tak sembuh-sembuh, sudah 2 minggu lebih, tapi aku abaikan keluhannya, kerana fikir ia ulser biasa.

" Mii tadi di pejabat ada medical checkup, ini hasilnya..", sambil menunjukkan selembar kertas hasil pemeriksaan. Aku ingat saat itu, bulan April 2016.

"Kesihatan ada masalah, cuma doktor kata, kurang nutrisi, kurang gizi. Ummi sibuk sangat dengan Zuma", gurau suamiku.

Anak kami berusia 1 tahun, jadi sebagai ibu aku yang paling sibuk kerana anakku mulai aktif.

Aku memang terlalu sibuk, tak sempat nak tengok suami. Aku diam saja bila dia merokok tanpa henti tak pernah marah.

Dan tak pernah tahu apa makanan di makannya di pejabat, makanan sihat atau tak, itulah kesalahan terbesarku.

3 minggu kemudian ulser tidak juga sembuh, malah katanya sakit sampai kepala dan telinga.

"Abi, esok jumpa doktor ya, biar diberi ubat sepatutnya", suamiku mengangguk.

Doktor mendapari kurang makan sayur dan buah. Ubat yang dibekalkan pula hanya balm khas untuk disapu pada ulser.

Kata doktor kalau 2 minggu lagi tak sembuh datang lagi.

2 minggu kemudian ulser masih tak sembuh, doktor bagi antibiotik, tapi dah habis, masih belum ada tanda sembuh.

Pergi ke pakar bedah mulut dan pemeriksaan kali ini mendapati ia mungkin berpunca akibat masalah gigi bongsu.

"Ulser di lidah sebab ada gigi bongsu, tapi posisinya abnormal. Mungkin sebab itu sukar nak sembuh. Gigi ni mesti dibedah dan buang", kata mereka.


Jun 2016, awal Ramadan suami tak puasa sebab bakal menjalani pembedahan gigi. Maka dicabutlah gigi bongsu.

Tapi selepas seminggu berlalu ulser masih lagi terasa dan sakit kepala kian menjadi-jadi. Lidah tak boleh digerakkan ke kiri.

Lepastu jumpa pakar saraf dan buat fisioterapi lidah. 6 kali terapi masih tak berubah, doktor syorkan buat MRI.

Hari raya aidilfitri, suami hanya nak tidur, tak nak beraya. Sakit di kepala makin kerap, jadi biarkan sahaja di bilik.

"Mii ada benjol di lidah abi, cuba tengok".

Ada benjol terlihat sebesar biji jagung pada lidah yang sakit. Doktor kata mungkin tumor dan sekali lagi perlu menjalani pembedahan membuangnya.

Hasil pemeriksaan kurang bagus, suami positif terkena kanser lidah. Selepas pergi berjumpa doktor untuk ketahui ujian makmal terhadap benjol yang dibuang.

Tengok wajah suami, dia terdiam. Pucat.

"Dari hasil pemeriksaan, 3/4 lidah suami dah terkena kanser. Dia mesti dibedah untuk membuangnya", kata doktor.

Esoknya kami periksa lagi, doktor buat endoskopi dari lubang hidung dan daripada kabel kamera itu, terlihat jelas gambar di monitor.

"Kansernya dah merebak ke kerongkong."

Nampak banyak benjolan merah berhampiran peti suara.

"Boleh tahu stage berapa doktor"

"Stage 4 puan".

Kata doktor, perlu menjalani rawatan kemoterapi 3 kali dan radiasi selama 30 kali.


Awal September 2016, pulang ke kampung, dan kami nekad berikhtiar cara alternatif dan herba. Masa itu suami hanya mampu menelan ubat yang direbus atau cecair.

Pada masa sama, disahkan hamil, dan berita itu menggembirakan kami berdua, semangat suami kembali.

5 bulan berubat, keadaan suami semakin teruk, dan tinggalkan rawatan tradisional.

Berat suami turun dengan drastik, dari 65kg kini tinggal 40kg.

Makin tenat dan setiap hari muntah darah.

Selepas itu, buat segala rawatan moden. Kemoterapi dan radiasi, semuanya dicuba tanpa henti. Dalam pada itu, selamat melahirkan anak kedua.

Tiada tanda sembuh, sehingga menjelang hari terkahirnya. Ku hampiri suami yang terbaring lemah. Tubuh badannya penuh dikeliling segala peralatan hospital dan wayar yang berselirat.

Tekanan darahnya sangat tinggi, nadi terlalu cepat, sehingga menunjukkan angka 200 di skrin monitor. Berkali-kali doktor doktor menyuntik ubat anti sakit, tapi suamiku masih mengeluh kesakitan.

Dalam keadaaan mencemaskan, doktor menenangkanku sambil berkata suami tidak dapat dibantu lagi.

Benarkah tiada harapan lagi. Aku berbisik ke telinganya, "Aku tak mahu kehilanganmu bii". Ku pegang erat jari-jemarinya. "Buka matamu bii", dan aku ingat dia cuma tersenyum lemah.

4 petang, doktor hulurkan surat persetujuan, di situ tertulis agar aku tidak ambil apa-apa tindakan jika sebarang perkara berlaku kepada suami.

"Abbi..inilah yang terbaik yang diberikan Allah buat kita. Maafkan ummi tak bisa menjagamu selama ini. Ummi ikhlas abbi pergi. Ummi terima semua dengan ikhlas".

Ku bimbing suami mengucap Laaillaha illallah muhammadur Rasulullah.. ku ulang berkali-kali sampai 4.40 petang, dia pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ku dakap kemas tubuh suamiku, kukucup bibirnya dan ku usap matanya.. Inna lillaahi wainna ilaihi raajiun.

Selamat jalan suamiku. Jemput aku dan anak-anak kita di pintu syurgaNya.

- Siakap Keli

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di agen updatebetting...
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
    ditunggu yahhh kehadiran anda

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "