Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nur Dhabitah Sabri Penerjun Muda Negara Pintas Populariti Artis Juara "AJL" Dayang Nurfaizah

23 Ogo 2017
3 ulasan

Kehangatan kontroversi Hafiz hamidun dan Joy Revfa, dua tiga hari ini merupakan kisah yang amat diikuti oleh netizen. Namun beberapa personaliti sukan yang ‘rare’ juga mendapat perhatian oleh masyarakat. Seperti mana yang kita tahu Khairul Hafiz Jantan (olahraga), An Najwa Azizan (bola jarring), Thanabalan (bola sepak), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik) dan begitu juga Sultan Mizan Zainal Abidin (ekustarian) terus menjadi sebutan hangat masyarakat sempena temasya Sukan Sea Games KL tahun ini.

Jika dikaitkan sukan dan hiburan, kedua-duanya mempunyai hubungan yang saling berkait rapat kerana atlet sukan juga merupakan ikon kepada masyarakat sama seperti artis-artis tanah air. Selain itu, hubung kait diantara sukan dan hiburan juga adalah disebabkan oleh pertemuan jodoh diantara artis dan juga atlet yang disudahi dengan jalinan perkahwinan yang sah.

Jika kita ada menonton perasmian pembukaan Sukan SEA melalui kaca televisyen ataupun laman youtube dan laman sosial yang berkaitan, atlet terakhir yang memegang obor sempena majlis perasmian itu adalah gadis muda yang berumur 18 Nur Dhabitah Sabri penerjun negara. Beliau adalah atlet terakhir yang memegang obor kemudian menyalakan sewaktu majlis perasmian Sukan SEA di stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.



Banyak pujian yang diterima oleh penganjur kerana Berjaya mengadakan satu majlis perasmian yang gah dengan hasil kreativiti yang cukup tinggi dan berseni di mana momen ketika atlet negara Nur Dhabitah Sabri terbang bagi menyalakan obor gergasi. Malah seorang pengulas daripada Sport Singapore mengulas dengan  komen yang positif apabila melihat aksi Dhabitah, “Malaysian looking to fly high”, menunjukkan bahawa pengulas itu faham dengan hasrat yang disampaikan oleh tuan rumah mahu menjuarai Sukan SEA kali ini.

Menteri Belia dan Sukan Kahiry Jamaludin (KJ) Berjaya memperdayakan penonton dengan memilih Dhabitah sebagai pemegang obor terakhir. Kebiasaanya, pemegang obor terakhir dipegang oleh atlet senior. Netizen tertanya-tanya siapakah pemegang obor terakhir, lalu meneka-neka dengan kesamaran yang hadir mungkin Nurul Huda Abdullah (ratu renang negara), dan Datuk Santokh Singh (bola sepak) mulai melangkah ke dalam stadium bukit jalil.

Jika kita lihat, aksi terbang Dhabitah itu lebih hangat diperkatakan berbanding lagu tema Sukan SEA yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan Monoloque. Dayang Nurfaizah dan Monoloque merupakan artis yang tidak asing lagi dalam bidang nyayian, lebih-lebih lagi Dayang Nurfaizah yang baru-baru ini memenangi pertandingan Anugerah Juara Lagu. Sudah pasti popularitinya meningkat. Namun pada majlis perasmian pembukaan temasya Sukan SEA lagu yang dinyanyikannya seolah-olah bertanding di pentas Muzik-Muzik sahaja.



Kebanyakkan lagu tema sukan yang dinyanyikan mudah dijiwai oleh masyarakat seperti lagu tema bola sepak dunia ‘Waka waka’ dinyanyikan oleh Shakira, ‘Standing In The Eyes Of The World’ oleh Ella dan lagu ‘Fikirkan Boleh’. Seharusnya lagu tema Sukan SEA kali ini dapat tenggelamkan lagu-lagu tema sukan yang lepas.

Sumber : Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. TAHNIAH BOSS FOR SWIN888 PLAYER LUCKY DRAW WINNER ON 31 AUGUST 2017.
    NEW GAMES SKY777 JOM TRY LUCK Have many unique Games Payout.
    SCR888 I LPE88 I JOKER123 I GW99 I SKY777 I SKY99

    ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    For More Detail About Us :
    Wechat / whatsapp
    bit.ly/60133026666
    SWIN888.BLOGSPOT.COM
    https://swin888.blogspot.com/2017/09/winner-list-malaysia-independence-day.html

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "