Foto: dietitiancapetown
BACA: Beri Bayi Susu Badan Sehingga Umur 2 Tahun, Ini Manfaat Pemberian Susu Badan Kepada Bayi & Ibu
Setiap bayi atau anak-anak mempunyai ragam yang tersendiri, tidak semua bayi adalah sama, jadi ada kemungkinan juga bayi boleh meragam bila mana ingin disusukan dengan susu ibu, lebih-lebih lagi sehingga mereka mencapai umur dua tahun.
Mungkin kita ingin memastikan bayi tidak terlepas saat menyusu, tetapi harus diingat, ibu tidak seharusnya memberi paksaan yang melampau kepada bayi. Ia harus dilakukan secara berperingkat untuk bayi selesa.
Sokongan yang mantap sangat mempengaruhi kejayaan penyusuan. Jadi kalau anda berazam nak lengkapkan penyusuan anak hingga 2 tahun, kena kuat dari aspek mental dan fizikal.
Perkongsian dari Pn Hazrina Nasir ini dilihat sangat membantu ibu-ibu yang bertekad untuk menyusukan bayi secara ekslusif. Antara yang diamalkannya adalah:
1. Buat persediaan mental
Dah merancang nak ada cahaya mata, jadi sebelum mengandung ambil tahu mengenai kehamilan. Disebabkan itu saya tahu kebaikan penyusuan badan ini.
2.Tambah ilmu
Kena tahu caranya, oleh sebab itu, banyak cari ilmu mengenai 'breastfeeding'. Baca artikel di internet, blog ibu menyusu, tanya kawan dan 'join' forum penyusuan susu ibu. Contohnya, bila kerja kena tahu macam mana nak urus stok susu EBM dan sebagainya.
3. Sokongan suami dan ahli keluarga
Beritahu suami dan keluarga walaupun mereka pun tak berapa tahu mengenai susu ibu ini. Tapi sokongan dari mereka amatlah penting. Pada masa sama juga, turut berkongsia pengetahuan tentang 'breastfeeding'. Supaya nanti jika ada masalah, mereka tahu macam mana nak bantu.
Foto: einsteinhealcarenetwork
4. Persediaan materialBarang penting yang kena ada, 'breastfeeding pump set', 'breast pads', 'nursing pillow', 'nursing bra' dan lain-lain. Bila lengkap barang-barang, proses nak menyusu lebih mudah.
5. Persediaan rohani
Semasa mengandung sehingga anak umur 2 tahun, doakan Allah permudahkan proses penyusuan anak. Amalan secara istoqomah yang boleh dilakukan:
Zikir ya Matin - Ambil segelas air. Mulakan dengan Bismillah (3x/10x/100x) dan selawat. Baca zikir Ya Matin 70 kali. Akhiri dengan selawat dan Bismillah (3x/10x/100x). Minum air dengan niat nak menyusukan anak.
Surah al-Hujurat - Ikhtiar memperbanyakkan susu dan agar anak bersifat berhati-hati.
Kalau boleh sentiasa berlapang hati, tenangkan emosi, elakkan rasa marah.
6. Persediaan fizikal
Jaga kesihatan fizikal, sebabnya jika penat, nak bagi bayi susu pun terasa mencabar. Apatah lagi kalau sakit. Jaga pemakanan, rehat secukupnya, selalu ceria dan positif untuk dapatkan kesihatan yang baik.
Amalkan setiap kali waktu makan ada buah, sayur, protein, karbohidrat dan air yang mencukupi.
Elak makannan proses dan tak berkhasiat. Minum lebih kurang 3 liter air setiap hari dan makan makanan yang menggalakkan penghasilan susu macam buah kurma.
8. Makanan tambahan
Semasa bayi menyusu, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke bayi melalui susu ibu. Proses penyusuan juga banyak guna tenaga, jadi pastikan badan dapat nutrien lengkap yang penting supaya badan boleh hasilakn susu dengan baik dan kesihatan terjaga.
9. Elakkan tekanan
Memang banyak tekanan boleh berlaku, lagi-lagi susah dapat rehat berkualiti. Sebab itu kena pandai urus tekanan, jangan ikutkan hati.
Kerap 'direct feeding' bayi dan dalam masa sama cuba ikhtiar dengan makan makanan yang 'galactogugue' (makanan yang menggalakkan penghasilan susu badan). Bagi yang bekerja, harus tahu cara buat 'power pumping' supaya stok EBM tak susut.
10. Tawakal
Ramai ibu yang 'risau susu tak ada'. Apa yang penting kita fokus dengan objektif kita dan usaha yang terbaik. Tak lupa juga berdoa supaya Allah bantu dan makbulkan.
Sumber: Majalah PaMa
Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
BalasPadampin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E
mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamagen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877