Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Meninggal Akibat Serangan Binatang Buas, Ramai Tak Tahu Waris Layak Mohon Pampasan Sehingga RM20,000

8 Ogo 2017
One Comment

Keluarga seorang murid tahun dua yang maut akibat disengat lebih 60 tebuan ketika sedang bermain sembunyi-sembunyi telah dilawat oleh kakitangan Pejabat Kebajikan Daerah Besut bagi membantu waris mangsa dalam proses permohonan di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas.

BACA: Murid Tahun 2 Meninggal Dunia Selepas Disengat Tebuan Ketika Bermain Sembunyi-Sembunyi

Menurut Pegawai Kebajikan Daerah Besut, Suzieyati Siyude , kakitangannya telah pergi ke rumah waris Muhammad Adrian Aiman Mohd Rasmin, 8, di Kampung Benting Lintang semalam.

Jelas Suzieyati juga, keluarga mangsa didapati layak untuk memohon bantuan menerusi tabung tersebut dan mereka perlu menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti surat pengesahan kematian, laporan perubatan dan juga pengesahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

“Bagi kes seperti ini keluarga atau waris layak memohon dan mereka boleh menerima bantuan di bawah tabung ini sehingga maksimum RM20,000,” ujarnya.

Menurut Suzieyati, waris seorang pemandu traktor pembajak, Mohamad Ishak yang maut akibat serangan tebuan pada Ogos tahun lalu juga telah memperoleh sebanyak RM20,000.

Tambahnya,  lebih kurang empat tahun lalu seorang kanak-kanak yang maut akibat serangan haiwan sama ketika membonceng motosikal bersama ibunya di Kampung Pengkalan Nyireh turut mendapat bantuan dalam jumlah sama.

“Selepas semua dokumen yang diperlukan lengkap, pihaknya akan memproses permohonan tersebut dan bantuan ini adalah sumbangan kerajaan terhadap waris mangsa,” jelasnya.

Selain serangan tebuan, mangsa serangan haiwan buas lain juga boleh mengemukakan permohonan dan jumlah sumbangan bergantung dengan tahap kecederaan mangsa.

Untuk maklumat lanjut tentang  Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas sila klik JKM.

Sumber- GPS BESTARI
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "