Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kalau Tak Nak Kereta Tersadai Rosak, Jangan Jadi Pemandu Dengan 6 Tabiat Ini

6 Ogo 2017
3 ulasan

Ramai di dantara kita yang memiliki kereta, dan digunakan sama ada untuk ke tempat kerja, bercuti, pulang ke kampung, atau menghantar anak ke sekolah. Rutin harian yang dilalui ini, sedikit sebanyak membuatkan kita terkejar-kejar.

Disebabkan itu, ada ketikanya kita terlepas pandang akan sesuatu yang penting, di mana jika buat tak tahu sahaja, ia pasti akan memberikan impak yang besar kepada kenderaan.

Bukan tak mahu nak ambil tahu, tetapi atas faktor kekangan masa dan kepenatan, kita terlepas pandang akan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kereta, yang mana ‘mereka’ perlu untuk diservis.

Untuk itu, ketahui akan enam benda yang menyebabkan kereta rosak dan secara tidak langsung membuatkan anda terpaksa keluarkan modal yang besar. Jom kita baca.


1. Tidak endahkan lampu enjin menyala

Dengan membiarkan sahaja lampu enjin menyala akan sebabkan kerosakan yang serius pada enjin dan menelan belanja yang banyak untuk dibaiki.

Paling tidak, nyalaan lampu enjin ini boleh beri petanda yang mana ada masalah pada enjin, dan ia akan beri kesan kepada penggunaan minyak.


2. Tak tukar cecair dan penapis

Cecair yang ada dalam kenderaan kebanyakannya adalah untuk pengoperasian dan perlindungan system kenderaan serta komponen yang ada.

Periksa tahap cecair sekerap mungkin, dengan penapis sekali. Ia boleh memastikan kenderaan beroperasi dengan lancer dan lebih lama.


3. Biarkan tayar

Tayar sepatutnya sentiasa diperiksa akan keadaan angin juga bunga yang ada. Tayar yang tidak cukup angina akan mempercepatkan lagi ianya haus, dan perlu diganti dengan segera.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh beri kesan negative kepada keselamatan, penggunaan minyak dan ‘performance’.

BACA: Baru Berjinak-Jinak Dengan Kereta, Ini 3 Perkara Asas Mengenai Penjagaan Tayar Yang Harus Anda Tahu


4. Tak servis kereta pada waktunya

Disebabkan banyak bahagian kereta dan komponen akan rosak dari semsa ke semasa, kenderaan perlu diservis secara rutin untuk memastikan ia boleh beroperasi dengan lebih optimum.

Pemeriksaan secara rutin dan membaiki segera akan membantu kereta untuk bergerak dengan lebih efisyen dan elakkan dari mengeluarkan belanja yang banyak di kemudian hari.


5. Kereta kotor

Membiarkan sahaja kereta dalam keadaan kotor tidak dicuci akan menyebabkan debu dan bahan perosak mula untuk menebal.

Ia akan meningkatkan lagi potensi untuk berkarat dan mengganggu penglihatan yang baik sewaktu sedang memandu.


6. Pandu membuta tuli

Memandu dalam keadaan trafik lancar, kesesakan lalu lintas, cuaca buruk atau jalan rosak, kita mungkin akan menjadi pemandu yang tidak bertimbang rasa.

Walaubagaimana pun pastikan kita memandu dengan baik, ikut had laju, elak memandu dengan agresif, berhenti dan mulakan memandu dengan awal, tak bawa barang yang tidak perlu, dan pastikan kereta dipandu dalam lorong yang betul.

Sumber: Car Care

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F*a*n*s*B*E*T*I*N*G :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  3. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di AJOQQ*COM agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "