Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Ia Bukan Mengenai Wang,Tapi Saya Mahu Bekerja Dengan Seseorang Yang Ada Visi ': Tan Cheng Hoe Perjelas Keputusannya Sertai Pasukan Kebangsaan

10 Ogo 2017
2 ulasan

Penyertaan bekas jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe ke dalam pasukan kebangsaan disambut dengan pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ada yang melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif untuk perkembangan bola sepak negara namun ada juga yang melihat perkara itu sebagai satu 'konspirasi' untuk menjatuhkan Kedah.

Ingin menjernihkan semula keadaan, Tan Cheng Hoe menjelaskan bahawa penyertaannya dalam skuad kebangsaan bukannya disebabkan duit tetapi kerana keinginannya untuk bekerja dengan seseorang yang mempunyai visi.

Ikuti penjelasan lanjut dari Tan Cheng Hoe itu:

Saya berasal dari Kedah. Dan sudah tentu saya mempunyai rasa sayang dan hormat kepada Kedah.

Tetapi kita bercakap mengenai perspektif bola sepak. Semua penyokong perlu berfikir di luar kotak. Di waktu kita berbangga dengan prestasi dan idea kita sendiri. Dunia tidak melihat kita, dunia hanya melihat JDT. Kenapa dunia melihat JDT? Kenapa JDT menerima banyak pengiktirafan dari dalam dan luar negara? Terutamanya dalam dunia bola sepak.

Ia kerana mereka melakukan perkara yang betul, dari segi pembangunan belia, pemasaran mereka, wang mereka, kemudahan mereka, perancangan jangka panjang, kolaborasi kelab luar dan kesemuanya.

Perancangan jangka panjang yang mereka miliki adalah untuk 20-30 tahun. Mereka mungkin tidak membangunkan pemain seramai yang kita lahirkan, tetapi mereka masih mempunyai perancangan jangka panjang yang mereka sedang lakukan sekarang dalam semua aspek.

Dan inilah sebab mengapa semua jurulatih dan juga semua pemain mahu bermain untuk JDT. Itulah realiti. Malah saya tahu semasa saya di kedah ramai pemain Kedah juga mahu pergi ke JDT, tetapi JDT jelas mempunyai perancangan mereka sendiri.

Tetapi sekarang mengenai keputusan saya bersama pasukan kebangsaan. Banyak spekulasi yang mengatakan bahawa presiden, iaitu DYAM Tunku Mahkota Johor cuba menjatuhkan pasukan Kedah.

Tetapi apa yang benar-benar berlaku adalah saya melihat peluang untuk saya bekerja dengan orang yang benar-benar sukakan bola sepak, yang banyak membantu ramai dalam sukan bola sepak di negara ini, dan yang tidak mempunyai sebarang hubungan politik.

Kerana seandainya esok katakan, berlakunya isu politik atau sesuatu yang terjadi di Kedah, maka hanya Tuhan sahaja tahu apa yang akan berlaku kepada pihak pengurusan.

Anda boleh lihat apa yang berlaku kepada Felda, anda dapat melihat apa yang berlaku di Selangor, tiada konsistensi apabila bola sepak dilaksanakan berkait dengan politik.

Dan oleh kerana itu saya ingin bekerja dengan seseorang yang tidak ada hubungannya dengan politik dan individu itu adalah DYAM Tunku Mahkota Johor. Saya ingin bekerja untuknya kerana saya melihat bukan sahaja baginda tidak dikaitkan dengan politik tetapi baginda juga mempunyai banyak visi yang jelas dapat dilihat.

Anda boleh mempunyai wang tetapi jika anda tidak mempunyai visi, jika anda tidak tahu apa yang anda lakukan, anda tidak akan boleh melaksanakannya.

Jelas dapat dilihat apa yang baginda lakukan telah berjaya. Lihat sahaja konsistensi kelabnya, kejayaan di dalam dan di luar padang. Tenaga dan masa yang diletakkan untuk FAM, perancangan dan visi yang dapat saya rasakan, saya ingin menjadi sebahagian daripada organisasi tertentu yang bekerja untuknya.

Ia bukan mengenai wang. Ini kerana saya tidak mendapat banyak wang dalam FAM berbanding dengan kedah tetapi saya mahu bekerja dengan seseorang yang ada visi dan tenaga untuk laksanakan cita cita dan visi. Dan itulah sebabnya saya berada di sini.

Saya tidak faham kenapa isu ini perlu diperbesarkan kerana saya berada disini pun mewakili negara anda semua bukan mewakili pasukan lawan. Takkan anda mahu bising kepada negara anda sendiri?

Jadi saya berharap selepas ini tidak akan ada lagi spekulasi itu ini dan segala-galanya kerana tidak ada gunanya anda berjuang melawan antara sama sendiri. Yang penting kita menghormati, belajar dan membantu antara satu sama lain.

Sumber: Tan Cheng Hoe
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "