Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bukan iOS Je Boleh, Pengguna Android Pun Boleh Cari Kembali Telefon Yang Dicuri/Hilang, Begini Caranya

11 Ogo 2017
One Comment

Telefon sudah pasti akan selalu berada dengan kita setiap masa, sama ada keluar makan, berjalan, pergi kerja, atau nak tidur sekali pun, kita pasti akan melihat dahulu sosial media, dan baru buat kerja lain.

Kalau dah selalu pegang telefon, kemungkinan untuknya hilang sememangnya agak tipis, tapi, siapa tahu apa yang boleh berlaku kemudian hari, mana tahu kalau-kalau tertinggal telefon di mana-mana.

Bila telefon dah mula hilang, dan bila buat panggilan tidak terjawab, kita mesti syak yang ianya telah dicuri. Rasa sedih, marah semua ada, mana taknya, banyak kenagan dan benda-benda penting yang ada dalam telefon itu, yang mungkin pencuri boleh ambil kesempatan.

Biasanya jika telefon iOS seperti iPhone hilang, pemiliknya tidak terlalu risau kerana untuk mendapatkannya kembali agak mudah dengan adanya sistem dalam iPhone tersebut.

Tapi, bagaimana pula dengan pemilik telefon Android, takkan nak biar saja telefon hilang diambil orang?

Menerusi perkongsian dari Asma Nabihah Zali, ad acara yang boleh digunakan oleh pemilik telefon Android untuk mencari, kesan lokasi, dan dapatkan kembali telefon tersebut, hanya dengan menggunakan Google sahaja, bagaimana? Mari kita ikuti perkongsian darinya.


Alkisahnya pagi ni cari telefon tak jumpa...
Dah syak ada di kedai makan semalam...
Keadaan handphone, bateri ada 20%...
Dan silent...
Adoi...

Encik husband pun suruh cari guna google...

Dalam gambar ni ada cara-caranya... senang je...
Ada juga captionnya sekiranya diperlukan
Kena SIGN IN EMAIL yang sama dengan email handphone dulu baru mulakan step-stepnya ya...

Kalau handphone silent pun,
dia akan bunyi...
Kalau handphone di set bunyi tapi bunyi manja-manja,
Kita tekan ring tu,
Bunyi handphone akan pegi volume paling kuat...
Ini bagi membantu golongan-golongan yang kurang pendengarannya...

Kalau on location,
Boleh detect katne...

Mungkin acik ketinggalan zaman agaknya...
Baru tahu alam siber teknologi terkini...
Kejayaan semakin hampiri...
Biar di desa atau di kota...
Kita semua pasti merasa bangga... Ehhhh

Kalau dah buat tak jumpa juga,
Korek tabung la jawabnya...
Tapi pantangnya, jangan tabung kita...
Tabung si dia...
Barulah tak hilang lagi orang tua-tua kata... haha

Ok, dah boleh sepahkan handphone sekarang...
Tapi pastikan bateri banyak ok

1. Taip "Detect my handphone"


Kalau handphone boleh, cari asben boleh tak ek guna ni? Haha... manelah tahu gi karaoke kan...

2. Pilih yang ni, 'Find your phone - My Account Google'


3. Pilih sama ada telefon atau tablet


4. Ok... boleh pilih nak ring atau locate. 


Kalau ring, handphone terus bunyi sekuat-kuatnya seolah-olah cakap "AKU KAT SINI! AKU KAT SINI!"

5. Tekan locate best juga... tapi kalau tak on location, errrr errrrr... tak tahulah leh dapat ke tak...


6. Ok... tekan Accept la kan... 


Tengok... dia dah warning awal-awal... kalau rasa handphone kene curi, bawa polis. Jangan memandai pergi cari sendiri. Bahaya!

7. Kalau pilih play sound ni, auto telefon berbunyi 5 minit tanpa henti. Panjang masa nak cari handphone tu... 


Siap ada tulis handphone tu guna router nama ape. Jadi kita boleh agak kat mana enset tu. Kalau kat gambar ni... tulis "zaliasma"... hahaha... sah kat umah. Tak payah tekan location pun tahu... haha... kat kedai makan konon...Kalau on location, memang jelas terang nyata ditunjukkan lokasi handphone tu tau.

Tapi kalau masih tak jumpa, cari di kedai telefon. Comfirm jumpa lah! Tapi pantang dia, sebelum tu kena pecah tabung si dia dulu... kih3... kalau langgar pantang, ilmu tak jadi

- Siakap Keli

BACA: Hantar ‘Location’ Dengan Hanya Goncang Telefon, Aplikasi Ini Bantu Dapatkan Bantuan Ketika Kecemasan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "