Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Nampak Pelik, Gunakan Garpu Sebagai Alat Solekan, Tapi Hasilnya Cukup Menakjubkan

7 Ogo 2017
2 ulasan

Seorang wanita yang juga merupakan jurusolek berjaya menampilkan cara solek yang unik apabila dia menggunakan garfu sebagai alat bantuan.

Perkara ini telah dibuktikan oleh Siti Nurfarahain Zakaria, 29, dimana dia bukan sahaja berjaya menampilkan cara yang unik tapi juga berjaya tampil berseri-seri dan cantik setelah menggunakan sebatang garfu sebagai alat bantuannya semasa bersolek.

Menurut Farah, dia sentiasa mahukan kelainan dalam memberikan tips solekan kepada wanita-wanita diluar sana yang ingin belajar teknik solekan dengannya.

Selain daripada menggunakan garfu, dia juga sebelum ini pernah menggunakan sudu, kotak tisu dan pembaris untuk bersolek dan apa yang mengejutkan, hasilnya tidak pernah menghampakan.

"Saya tak mahu orang 'cemuih' (bosan) sebab tu saya selalu fikir sesuatu yang lain untuk mengajar teknik bersolek.

"Apatah lagi bila buat tutorial mekap di 'Facebook live', saya kena tarik perhatian orang untuk tengok dan tunggu sampai saya habis mekap, bukan tengok sekerat (separuh) jalan," katanya kepada mStar Online.


Kaedah unik int berjaya menarik minat orang ramai untuk terus 'melayan' tutorial yang dilakukannya, apatah lagi ia disampaikan secara bersahaja dengan loghat pekat negeri Kedah.

"Memang ramai yang perasan, saya memang cakap pekat macam ni, berus solek jadi 'beruih'.
"Tak palah, janji depa tengok dan terhibur," kata wanita kelahiran negeri Jelapang Padi itu

Farah mengulas lebih lanjut mengenai garfu, dia menjelaskan bahawa kegunaan garfu tersebut adalah  sebagai pembaris, penanda aras atau membuat 'bayang'.


Berbekalkan pengalaman selama tujuh tahun dalam bidang solekan, Farah berkata, sebagai jurusolek, dia akan memastikan produk yang digunakan berkualiti tinggi tetapi harganya berpatutan.


Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami AJOQQ
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya. pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "