Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Kenapa Bukan Merah Putih, Warna Macam Teksi Dekat US Jer? Norman Perjelas Kenapa Pilih Warna Hitam Kuning

7 Ogo 2017
2 ulasan

Hampir seminggu lalu telah menjadi perbualan ramai di laman sosial tentang sebuah Trailer filem animasi 3D yang dihasilkan oleh Kartun Studios iaitu anak syarikat milik KRU Studio berjudul "Wheely".

Filem animasi bergenre aksi/komidi itu ternyata membuatkan ramai netizen teruja kerana kualiti teknologi animasi 3D di dalam filem berkenaan amat cantik setanding dengan filem animasi Hollywood.


Dalam keterujaan itu dilihat ada juga peminat tidak melepaskan kesemaptan untuk bertanya dan memberi pandangan, ada antara mereka tertanya-tanya kenapa warna hitam kuning menjadi pilihan pihak Kartun untuk watak utama filem tersebut sedangkan warna teksi di Malaysia sinonim dengan merah putih.

Menurut netizen, pemilihan warna hitam kuning pada watak utama itu seolah-olah sebuah teksi di Amerika Syarikat dan bukannya di Malaysia.

Pengarah Urusan KRU Studios Datuk Norman Abdul Halim telah tampil menjawab persoalan berkenaan yang disuarakan oleh peminatnya di laman Youtube.

Menurut Norman, warna hitam kuning merupakan warna teksi lama di negara kita dahulu.

"Ini warna lama teksi kita, ada sebab nak pakai warna ini, watak 'female' dalam filem guna warna merah," terang Norman.

Hasil carian teksi lama dahulu


Selain itu, pendekatan ini diambil oleh pihak KRU kerana mereka turut merancang untuk membawa filem ini ke dalam pasaran Amerika Syarikat iaitu versi Bahasa Melayu untuk tayangan di Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk luar negara.

Memetik laporan Harian Metro pula, pihak KRU Studios bercadang untuk menggunakan suara pelakon ternama antarabangsa untuk dipasarkan di Amerika Syarikat.

"Kami ada berbincang dengan pengedar di Amerika Syarikat untuk memasarkan Wheely di sana supaya dapat ditayangkan di pawagam, bukan sekadar dipasarkan dalam bentuk cakera padat digital (DVD).

"Untuk berbuat demikian, sudah tentu kami memerlukan suara pelakon terkenal Amerika Syarikat dan ia akan menelan belanja yang banyak.

"Jadi buat masa ini, kami masih dalam proses berbincang dengan pengedar di sana sebelum membuat pemilihan pelakon," kata Norman.

Sebelum ini, sebuah filem animasi 'Ribbit' terbitan Kartun Studios juga telah berjaya dipasarkan di 70 buah negara termasuk Poland, Korea Selatan, dan United Kingdom.

"Bagaimanapun Ribbit tidak berjaya ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat. Sebab itu, kami tekad memasarkan Wheely ke pawagam di sana," katanya.


Filem berkenaan dijangka siap sepenuhnya pada September ini dan akan ditayangkani pawagam seluruh Malaysia awal 2018.

"Wheely berkisar tentang konflik antara dua darjat di dalam dunia kereta. Ia tidak diinspirasikan daripada filem animasi Cars mahupun Herbie: Fully Loaded.

"Boleh dikatakan konsep Wheely seakan-akan filem Fast & Furious kerana ada banyak adegan aksi diselitkan dalam filem ini," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di AJOQQ*COM agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "