Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Ayah Rani Kulup Tidak Menepati Ciri Lelaki Idaman Saya" - Datuk Seri Vida

4 Ogo 2017
4 ulasan

Kebelakangan ini, dunia hiburan dihangatkan dengan cerita Datuk Vida mencari pasangan hidup. Oleh itu, berduyun lelaki diluar yang mahu mencuba nasib  menjadi suami kepada Datuk Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman.

Pelantun lagu  I Am Me ini mendakwa dirinya menerima hampir 50 emel "resume" daripada para lelaki yang mempunyai niat untuk memperisterikannya termasuk jejaka daripada Finland dan Scotland.

Tidak terlepas juga cerita mengenai Abdul Rani Kulup Abdullah, presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah yang turut melamar Datuk Vida untuk menjadi isterinya selepas peguam Siti Kasim tidak memberikan jawapan lamarannya.

“Ayah boleh menjadi suami yang baik. Isteri-isteri ayah ‘steady’,” kata Rani seperti dilaporkan Sinar Online.

Selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, usahawan ternama ini menetapkan beberapa syarat untuk menjadi calon suaminya.

Datuk Vida sebelum ini berkata mahu mencari calon suami kaya, bermata kelabu dan suka membeli belah.

Menurut Datuk Vida, berkata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu tiada ciri-ciri lelaki pilihannya malah mengingatkan Rani agar tidak mencari publisiti murahan.

“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak. 

“Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh,” jelasnya kepada ProjekMMO.

“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak. 

“Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh,” katanya kepada ProjekMMO.

Datuk Seri Hasmiza Othman menolak ‘lamaran’ Abdul Rani Kulup Abdullah untuk menjadikannya sebagai isteri.

“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?
“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup terima kalau sekali shopping (beli belah) saya borong 14 handbag (beg tangan) terus? Pengsan lelaki tu,” akhirnya. 






Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. lagi cari bandar togel.. gabung saja di dewalotto.com
    selain ada togel ada games dan casino juga
    depo wd cuma 20 ribu
    Wujudkan impian anda hanya di dewalotto.com

    BalasPadam

  4. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di AJOQQ*COM agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya | pin bb : 58cd292c

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "