Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dia Excited Nak Pergi Majlis Tunku Aminah Sampai Try Baju Melayu Tiap Malam, Tapi Tak Sangka Dia 'Dijemput' Lebih Awal," - Abang

15 Ogo 2017
One Comment

Semalam, Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz.

Majlis perkahwinan diraja ini meriah dan disambut dengan kegembiraan oleh rakyat Johor di mana rata-rata mereka amat menyayangi keluarga diraja ini kerana begitu ramah dan mesra dengan rakyat.

Namun, disebalik kegembiraan itu, ada satu kisah yang agak sedih admin terbaca pagi tadi, kisah seorang lelaki yang amat meminati kelibat Tunku Aminah, dia yang menerima jemputan majlis perkahwinan puteri Johor itu dilihat begitu teruja.

Menurut abangnya, adiknya dilihat mencuba baju Melayunya setiap malam kerana tidak sabar untuk ke majlis perkahwinan Tunku Aminah yang amat diminatinya itu.

Namun, takdir melebihi segalanya, tiada rezekinya untuk ke majlis berkenaan apabila dia telah 'pergi' untuk selama-lamanya sehari sebelum majlis berkenaan selepas terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawanya.

Melalui laman Facebook abang Rozaimy Qaisara, sepatutnya hari itu adiknya Muhammad Aidil adalah hari yang paling gembira.

Jom tengok dan baca perkongsian beliau.

Sepatutnya hari ni adalah hari yang paling gembira buat adik... Bukan senang nak dapat invitation dari Istana. Lagi2 invitation perkahwinan YAM TUNKU AMINAH.. Punyalah kau excited sampai tiap malam kau try baju melayu. Punyalah minat sangat kau dengan TUNKU AMINAH.






Tapi apakan daya ALLAH telah menjemput kau sehari sebelum majlis TUNKU AMINAH. Punah harapan kau adik... Apatah lagi kami sekeluarga bila lihat baju melayu yang dah siap gosok tergantung dalam almari kau adik. ALLAH lebih sayangkan adik dari kami semua.. Moga adik tenang di sana.

Al-fatihah buat adik tersayang Muhammad Aidil....




- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "