Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Cinta Aku Seadanya," Abaikan Apa Orang Mengata, Itu Semua Mereka Tanggung Akhirat Nanti

21 Sep 2017

Orang sekarang ini sentiasa dimomokan bahawa kurus dan putih itu lawa, jika sebaliknya tidak lawa. Mereka tidak memikirkan setiap tubuh badan manusia dan rupa paras seseorang adalah ciptaan dari Tuhan. Semua ciptaan Tuhan itu cantik tiada cacat celanya.

Rezeki setiap orang ini berlainan, jangan la kita cuba nak jatuhkan orang. Kita patutnya bagi kata-kata yang bagus untuk memperbaiki apa yang kurang. Aihh, orang sekarang ini semua benda nampak tak kena kat mata, Sebelum komen kena fikir hati dan perasaan orang. Kalau diri sendiri yang kena macam mana? Mari kita ikuti perkongsian dari Grandeur Fai ini.


CINTA AKU SEADANYA!

Saya adalah Pak Andam Mempelai dan menyaksikan dari mula majlis hingga akhir majlis. Ramai yang comment negative with regards to the Kompang Group WHICH is Proudly Sponsor by adek pengantin lelaki. Setahu saya mempelai menerima saja dan beri support kerana adiknya berhati besar nak sponsor kompang. Saya rasa pengantin pon terkejut kot akan ada persembahan kompang etc! bukan hari-hari mereka sanding kan!. Kalau mengikuti adat memang harus dan berkah jika kompang Diiringi Selawat dan sebagainya. Moga comment and feedback anda dapat memberi kumpulan kompang tersebut lebih banyak perangsang dan semangat untuk kembali melaksanakan apa yang wajar. Ade yang comment hingga mengutuk tetapi bukan menasihati, dan saya rasa itu bukan sikap Sunnah Rasul dalam berdakwah. Saya Harap kita semua kalau nak comment apa-apa harap dengan kekata elok-elok baru lah anak muda kita sedar dan bangkit. Bukan ke ajaran Islam itu indah.

Yang Kedua Falsafah pasal Scooter, WOW! Creative pula!! saya suka! sebelum bergerak mereka mempersembahkan SCOOTER IN ACTION lahhhhh bagi meraikan Pengantin dah Tiba!. Ni kan trend zaman sekarang dengan scooter tu baru-baru ini.. Kita pon tak dapat menyangka apa lagi creative, creative di masa akan datang. Husnuzon je lerrr


Yang Ketiga.... Ade yang mengutuk Pengantin Perempuan dengan zahirnya, tubuh badannya.
Allah Azza Wa Jalla, berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰىٓ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّنْ نِّسَآءٍ عَسٰىٓ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقٰبِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمٰنِ ۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (karena) boleh jadi perempuan (yang diolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (QS. Al-Hujurat 49 ayat 11)


Jika Kamu mengutuk tubuh badan orang lain, anda juga mengutuk CIPTAAN ALLAH SWT. Anda tergolong dalam Orang Yang Zalim. Minta maaf lah kepada pengantin Nora. Orang melayu kata berani buat berani tanggung, Berani comment berani tanggung tapi di akhirat kelak. Apa pon Kami pihak Grandeur Fai amat mencintai semua mempelai tidak kira siapa mereka dan apa jua bentuk badan mereka kita terima dan beri layanan yang sama kasih antara satu sama lain.


Sekian dan Benar tulus ikhlas: Fai Bani

*Lets give her our support with all the beautiful words and we are all the same Even in hereafter you Nora Abu Bakar will be the utmost beautiful princess in Jannah Firdausi amin!


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "