Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setelah 10 Tahun Tersadai Di Lapangan Terbang Senai, Akhirnya Pesawat Boeing 747 Ini Telah Dilelong

21 Sep 2017

JOHOR BAHRU: Tiga pesawat Boeing 747, masing-masing berharga jutaan ringgit setiap satu yang tersadai bertahun-tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, telah dijual pada lelongan awam dengan harga hanya RM800,000  selepas pembida asing yang dipercayai merupakan syarikat kitar semula bagi serpihan aeroangkasa telah pun merobohkan pesawat berkenaan.

Sekurang-kurangnya tiga jengkaut digunakan untuk merobohkan badan pesawat.
Salah satu pesawat telah dirobohkan sepenuhnya, dan kelihatan hanya gear pendaratannya.

Ia dijangka dapat menyelesaikan proses tersebut bagi ketiga-tiga pesawat dalam tempoh tiga minggu lagi. Difahamkan, beberapa syarikat turut membuat bidaan semasa lelongan dilakukan beberapa minggu lalu.

Menurut satu artikel lama di Facebook mendakwa bahawa pesawat itu berusia lebih 30 tahun dan ditawarkan untuk jualan pada harga RM5.3 juta setiap satu.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dan Kepenggunaan Negeri Johor, Datuk Tee Siew Kiong berkata, beliau mengetahui kesemua pesawat tersebut telah dijual.

Bagaimanapun, beliau tidak pasti apakah tujuan syarikat berkenaan terhadap pesawat yang dibeli.

The Star melaporkan dua pesawat kargo dan sebuah pesawat komersial tersadai di lapangan terbang selama kira-kira 10 tahun.

Setiap pesawat yang dikatakan bernilai kira-kira AS$30 juta (RM125 juta) hanya diselaputi dengan jelaga dan kotoran. Pemilik pesawat sebelum ini dikatakan berhutang dengan lapangan terbang Senai lebih RM1 juta bagi caj parkir.

Menurut pegawai penerbangan, kes tersebut dimenangi lapangan terbang apabila ia dibawa ke mahkamah.

Sumber: mStar
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "