Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Disimbah Asid Selepas Suarakan Hasrat Ingin Berpoligami, Mangsa Maafkan Bekas Isteri Dan Tiada Lagi Dendam

15 Ogo 2017
One Comment

Tuan Azaman Tuan Ludin, 44, yang menjadi mangsa simbahan asid yang terjadi 12 tahun lalu setelah dia menyuarakan hasratnya ingin berpoligami kepada bekas isterinya. Akibat dari itu, bahagian muka sebelah kirinya sehingga ke leher mengalami melecur teruk dan cacat.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2005 dan menyebabkan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama tiga tahun demi mendapatkan rawatan pemulihan wajahnya selepas dia ditahan di dalam hospital itu selama tiga bulan.

Menurut Tuan Azaman yang juga seorang pesara tentera, keadaan wajahnya semakin baik saat ini tetapi masih lagi sensitif sehingga dia tidak boleh sebarang makanan seperti makanan laut.

Isterinya, Noraimi Ghazali, 33, yang dikahwin setahun selepas insiden itu berlaku telah banyak berkorban dan memberi semangat kepadanya.

"Selepas kejadian itu, saya sukar terima kenyataan terutama apabila muka saya cacat namun Noraimi banyak berkorban dan beri kata-kata semangat."

“Dia juga tidak merungut atau malu dengan keadaan saya yang tidak sempurna. Saya sangat menghargainya dan bersyukur.


Pelakunya yang juga bekas isterinya itu, telah pun dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan kini Tuan Azaman juga sudah memaafkannya dengan sokongan dan nasihat dari isterinya sekarang.

"Walaupun saya disimbah asid di muka hingga mencacatkan sebahagian wajah, saya tidak berdendam dengan bekas isteri.

“Sudah lama saya maafkan dia (bekas isteri) kerana mahu hidup dengan tenang dan bahagia bersama isteri sekarang,” kata Tuan Azaman Tuan Ludin.

Perkahwinan Tuan Azaman dengan bekas isterinya dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nor Syafida yang berusia 22 tahun .

Sumber- Harian Metro Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "