Mungkin kita buat tabung khas di rumah yang dimasukkan duit tiap-tiap hari, atau pun secara potongan gaji setiap bulan, dan cara itu secara tidak langsung telah memaksa kita untuk terus menyimpan.
Tapi, bagaimana pula dengan anak-anak, adakah kita telah membuat simpanan untuk masa depan mereka, sebagai kegunaan pendidikan atau pun buat perbelanjaan kalau apa-apa terjadi pada kita nanti.
Seperti perkongsian dari Pn Aminahtul Marrdiah yang mana dia dan suaminya dapat menyimpan duit untuk anaknya sehingga RM12 ribu dalam masa satu tahun. Bagaimana dia lakukannya? Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Harini Aku nak berkongsi tips menyimpan duit secara kreatif sesuai untuk mak pak yang nak menyimpan untuk anak.
Cara :
1. Sediakan botol kuih raya saiz besar (selalunya orang guna isi tempeyek). Korang hiaslah ikut suka. Asalkan botol tu boleh bagi korang motivasi nak menyimpan. Nak letak gamba DSV pun boleh.
Kalau terpaksa pecah RM50 tu pecahkanlah sebab bakinya nanti korang mungkin dapat RM20 lagi. Dan kalau kau keluar DUIT dari mesin ATM ada 5 keping RM20, dan itu je duit kau yang ada, tepikan jugak RM20. Korang takde pilihan.
3. Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol.
3. Balik je rumah, pastikan lepas buka kasut bagi salam dan tanpa letak wallet/ hembeg tu, masukkan semua RM20 yang korang ada dalam botol.
Korang mungkin tenung botol tu yang mula dengan sekeping RM20 sambil kata "Alahai besarnya RM20 ni. Aduhai!" Tapi sila bertabah dan jangan rasa demotivated. RAHSIAnya jangan fikir!
4. Ulang langkah 1,2,3 sampai tiba harinya tabung anda penuh melimpah selama setahun. Ya kau ada 365 hari untuk lalui perjuangan RM20 kau ni.
5. Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata.
5. Cukup 365 hari korang ajak anak yang ditabungkan tadi duduk sama-sama kira berapa banyak DUIT untuk dia dah dikumpulkan. Proses pengiraan bersama ni adalah proses paling memuaskan tak tergambar dek kata-kata.
Korang mesti kena try buat. Bunyi gemersik lembut duit RM20 tu bergeseran memang tak leh nak explain.
Dah jadi rutin kami untuk buat "Trick" LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah.
Dah jadi rutin kami untuk buat "Trick" LUAR BIASA ni sejak setahun lepas. Walaupun pernah sampai 10 keping RM 20 terkorban dalam satu hari. Keluar gak lah air mata bonda dia kahkah.
1. Lebih senang nampak
Disebabkan warna oren, kau akan sedar dengan cepat yang itu duit yang kau kena simpan. Secara otomatik kau akan tepikan. Taklah terlalu besar macam RM50 sampai kau rasa macam nak tersedak bila nak asingkan. Huhu!
2. Paksa Diri Suami Isteri
Aku pernah baca saving duit syiling atau saving hari pertama RM1, hari kedua RM2, sampailah hari ke 30 dalam bulan tu RM30. Banyak jugak sebenarnya bila kau simpan duit ikut hari tu, busuk-busuk dalam RM500 jugak lah kau dapat sebulan.
Tapi Aku jenis suka push diri Aku. Samalah dengan Bonda dia. Aku kira-kira balik, disiplin asingkan RM20 yang aku buat ni, hasilnya RM12600 setahun. Maka puratanya lebih kurang RM34 sehari kau dah simpan!
Kalau tak paksa diri, Kau boleh shopping online berleluasa tapi menyimpan kau rasa payahnya! Jangan risau Kau takkan mati kebuluran.
3. Terjamin jumlah simpanan
Memandangkan kau menyimpan RM20, bila kau dah mula kau akan latih diri kau dan minda tanpa sedar kau yang RM20 ni hak anak kau. Mula-mula kau rasa terbeban tapi lama-lama kau akan rasa seronok tengok duit tu makin banyak dan kau tahu jumlahnya taklah ciput.
Kesimpulan yang Aku boleh buat adalah ada cara yang parents boleh paksa diri untuk buat kalau tak dapat simpan beribu reban sebulan untuk anak sebab kita bukan orang kaya. Lainlah kita dah memang stabil ada 'lebih' tiap bulan.
Bila dah mula menyimpan memang kita akan bentuk disiplin kita sikit. Tak yah memboros sangat. Kalau tak boleh RM20, RM5 atau RM10 pun boleh. Asalkan kau mula je. Selagi tak mula selagi tu botol tempeyek tu kosong.
Tapi, nikmatnya adalah dalam masa 365 hari, kami berjaya kumpul RM12600 untuk anak kami si Eusoff. Aik macam mana boleh banyak sangat ni? Entahlah. Yang penting perasaan best dapat kumpul dalam tak sedar tu tak tau nak luah macam mana. Rasa nak lompat bintang!
- Siakap Keli
BACA: Dana Pendidikan Anak Cecah Sehingga RM500 Ribu Bila Capai Usia 20 Tahun, Lelaki Ini Kongsi Cara Bagaimana Dia Lakukannya
- Siakap Keli
BACA: Dana Pendidikan Anak Cecah Sehingga RM500 Ribu Bila Capai Usia 20 Tahun, Lelaki Ini Kongsi Cara Bagaimana Dia Lakukannya
Anda ingin mendapatkan penghasilan tambahan ?? Ayo Gabung dengan Situs RESMI POKER ONLINE TERPERCAYA di AJOQQ
BalasPadamDeposit dan Penarikan Dana Hanya 1 Menit (selama bank online) BANK BCA, Mandiri, BNI, BRI dan DANAMON Minimal Deposit & Withdraw 15 rb