Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital

3 Jul 2017


Kuala Lumpur, 3 Julai: Vokalis kumpulan May, Mustaffa Din atau lebih dikenali sebagai Mus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat demam panas sejak tiga hari lalu, lapor mStar Online.

MStar dalam satu laporan berkata, isteri Mus yang dikenali sebagai Sue berkata suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor susulan keadaannya yang terlalu letih selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

"Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).

"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian  bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa)," katanya.

"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," katanya lagi.

Ketika ditanya oleh mStar tentang punca kejadian itu berlaku, Sue berkata suaminya itu berada dalam keadaan baik sebelum ini namun dia mungkin mengalami keletihan.

"Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius," jelasnya yang mengharap doa semua pihak untuk Mus.

Sumber: mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam

  3. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "