Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Rebah Ketika Beraksi Atas Padang, Pemain Tengah Muda Ajax Disahkan Alami Kerosakan Otak Kekal

14 Jul 2017
One Comment

Pada Sabtu lalu telah berlaku detik cemas di Stadium Lendendi, Hippach, Austria apabila seorang pemain muda dari kelab Ajax yang sedang mengharungi perlawanan persahabatan pra musim menentang pasukan wakil Jerman, Werder Bremen telah rebah di padang.

Permain tengah Ajax itu, Abdelhak Nouri, 20 tahun dilihat rebah dan terbaring di atas padang ketika perlawanan memasuki minit 72, menyebabkan pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan untuk memanggil pihak medik.

Ketika terbaring dia dilihat sukar bernafas memaksa pasukan perubatan dipanggil masuk untuk memberikan rawatan lanjut termasuk memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) untuk menyelamatkan nyawanya.







Melihat keadaannya yang semakin kritikal pasukan perubatan telah mengejarkan Nouri ke hospital yang terletak di Innsbruck dengan menaiki sebuah helikopter.

Beliau telah ditempatkan di unit kawalan rapi (ICU) dan rawatan susulan yang dijalankan menunjukkan otaknya tidak menerima oksigen yang cukup.

Dalam perkembangan terbaru semalam pihak Ajax telah memaklumkan bahawa keadaan Nouri agak kritikal, mereka juga mengesahkan yang Nouri telah mengalami kerosakan otak serius dan kekal.


Berita sedih ini sekaligus dilihat bakal menamatkan terus karier pemain muda berbakat ini dalam kancah bola sepak, akibat masalah itu dia dikatakan tidak boleh bercakap, berjalan, makan dan tidak dapat mengenali orang disekelilingnya termasuk ahli keluarganya sendiri.

Nouri yang merupakan warganegara Belanda telah diterbangkan pulang ke negaranya dan kini mendapat rawatan lanjut di sana.


Abdelhak Nouri merupakan seorang prospek muda yang dilahirkan akademi Ajax di mana pada tahun lalu dia telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan pasukan Jong Ajax (pasukan kedua Ajax) yang beraksi di Liga Jupiler.

Namanya juga sebelum ini turut tersenarai dalam skuad utama Ajax ketika perlawanan akhir UEFA Europa League menentang Manchester United pada Mei lalu, namun sekadar berada di bangku simpanan.

Rata-rata peminat bola sepak dunia dan netizen termasuk beberapa bintang bola sepak dunia dan kelab telah memuatnaik twitt sebagai tanda simpati dan berharap keajaiban berlaku agar Nouri sembuh seperti sediakala seperti sebelum ini.







- Siakapkeli.my

SUMBER: Mirror, DailyMail, CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "