Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video&Gambar) Kejadian Rempuhan Dan Kekecohan Yang Berlaku Di Pulau Pinang Seperti Yang Tular Hanya Lakonan

4 Jul 2017
3 ulasan

Sejak semalam tular di laman sosial memaparkan detik cemas sebuah van dinaiki 'penjahat' dikejar oleh tiga buah kereta peronda polis sebelum van tersebut telah merempuh beberapa buah motosikal dan orang ramai yang sedang lalu lalang di Lebuh Campbell, George Town, Pulau Pinang.

Video tersebut telah dimuatnaik ke laman Facebook pada jam 12:36 pagi Isnin lelalu telah ditontonan lebih 800 ribu kali dan dikongsi lebih 7700 kali oleh netizen di mana kepsyen video berkenaan berbunyi "Hamidiah Campbell Steet, P. Pinang #Tadi petang, Tak tau lah penang dah jadi teruk."


Sehingga kini, dilihat video tersebut terus dikongsikan dan secara tidak langsung telah membuatkan penduduk Pulau Pinang khususnya menyatakan kebimbangan.

Namun, berdasarkan carian, ternyata kejadian yang dirakam dalam video berkenaan bukanlah aksi yang betul-betul berlaku, aksi itu sebenarnya hanyalah lakonan semata-mata yang dilakonkan oleh pelakon lagak ngeri untuk menjayakan lakonan sebuah filem aksi bertajuk "The Leakers" dari Hong Kong.

Sebuah syarikat perfileman yang terlibat, FilemForce Studio Sdn Bhd telah mengeluarkan sepucuk surat sebelum itu untuk memaklumkan kepada penduduk di Lebuh Campbell dan Jalan Kuala Kangsar mengenai pengambaran filem yang menjalankan pergambaran pada Sabtu 1 Julai 2017 lalu .

"Kami memilih Lebuh Campbell dan Jalan Kuala Kangsar sebagai lokasi pergambaran kerana jalan itu merupakantempat paling sesuai dengan filem Hong Kong Tersebut."

"Kami juga telah memohon dan mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk menutup sementara jalan terlibat untuk tujuan pergambaran," tulis mereka dalam surat berkenaan.

Berikut adalah gambar dan video suasana disebalik tabir.









Pengarah terkenal Hong Kong, Herman Yau yang merupakan pengarah filem itu dilaporkan telah memilih beberapa tempat di Malaysia sebagai lokasi pergambaran filemnya di mana selepas Pulau Pinang mereka telah menuju ke Pulau Langkawi untuk lokasi pergambaran seterusnya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

  2. Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
    Di Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
    ada CS ANGELNA yang cantik...
    dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..

    BalasPadam
  3. Yuk daftarkan diri anda bersama kami DEWALOTTO
    minimal depo wd cuma 20 ribu..^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "