Sebuah jeep boleh melarikan diri dengan senang dari seekor Tyrannosaurus rex - cuma perlu lakukan u-turn dan tak perlu pandu dengan laju, kata para pengkaji di University of Manchester.
Malah, kajian itu berkata T.rex mungkin tidak boleh berlari biarpun sedikit. Kesimpulan itu dibuat selepas saintis menggunakan simulator komputer untuk menganalisis pergerakan dinasour dan keputusannya diterbitkan pada Selasa di jurnal PeerJ.
Hasil dari simulasi itu menolak idea-idea terdahulu bahawa haiwan terbabit boleh bergerak dengan kelajuan sehingga 75 km/h kerana kelajuan seperti itu akan mematahkan kaki dinasour terbabit. Kata kajian itu juga, kelajuan realistik bagi seekor T-rex adalah 19 km/h.
"Keupayaan berlari T.rex dan dinasour-dinasour gergasi lain telah lama menjadi perdebatan antara palaentologist," kata ketua penulis, William Sellers, dalam satu kenyataan.
"Penemuan ini mungkin boleh diterjemahkan kepada gergasi panjang yang lain ... tetapi idea ini perlu diuji bersama dengan pengesahan percubaan pada spesies bi-pedal yang lain." kata beliau.
Jadi, kepada Robert Muldoon, kalau terserempak dengan T.rex, tak perlulah laju-laju.
Sumber: Usa Today
BalasPadamHalo kawan2 semua minta izin sebelumnya kami dari KELINCI99 ingin membagi rejeki kepada anda semua plus FREECHIPS setiap harinya langsung saja yukk..PIN : 2B1E7B84
BURUAN MAIN MAIN KE A.R.E.A.T.O.T.O
BalasPadamDAN NANTIKAN KEJUTAN MENARIK...