Gambar Hiasan, Foto: compisiana
Begitulah kehidupan yangakan dilalui pada hari-hari mendatang, sama ada susah atau senang. Segala masalah, cerita akan dikongsikan bersama.
Kita pasti tersenyum dan terkesan bila mana melihat pasangan tua yang setia bersama satu sama lain, kemesraan yang terjalin antara mereka.
Inilah yang dilihat oleh pemuda, Muhammad Yusof, di mana seorang mak cik sanggup menunggu di dalam kereta Kancil, dimatikan enjin, dengan cuaca yang panas.
Ia secara tidak langsung membuktikan akan maksud kebahagiaan hakiki, yang mana lelaki harus hargai dan bersyukur dengan wanita yang hadir dalam hidup.
Gambar hiasan, Foto: islamveihsan
Tadi masa solat jumaat, oleh sebab parking dah penuh, aku parking kereta agak jauh sikit daripada masjid.
Depan kereta aku ada sebuah kereta kancil. Kancil jenis lama.
Bila aku keluar daripada kereta nak menuju masjid, aku tengok ada seorang mak cik tiba-tiba keluar daripada kereta kancil tu dan tolong bukakan pintu sebelah kereta dia. Then, keluarlah seorang pak cik yang agak berusia daripada kereta tu. Selepas bersalaman, mak cik tu pun masuk semula ke dalam kereta dan pak cik tadi berjalan depan aku ke masjid.
Lepas abes sembahyang, aku terus gerak ke kereta.
Masa balik aku perasan mak cik tadi masih setia duduk dalam kereta yang enjinnya mati. Bila tak buka enjin dah tentulah aircond tak buka ye tak? Dahlah cuaca hari ni panas terik. Aku tengok mak cik tadi just buka tingkap luas bagi udara masuk sambil tunggu suaminya abes sembahyang jumaat.
Aku terharu betul dengan situasi yang berlaku depan mata aku ni.
Aku fikir inilah dia yang dipanggil kebahagiaan hakiki dalam rumahtangga.
Foto: republika
Masa bujang dia ada ramai kawan-kawan nak pi hang out, tapi bila dia dah kahwin takde dah dia fikir nak pi keluar dengan kawan-kawan dia yang ramai tadi tu.
Perempuan ni bukan macam lelaki. Kalau lelaki malam-malam boring-boring, depa boleh pi mengeteh, pi main futsal, pi memancing, pi karaoke.
Tapi perempuan lain.
Bila seorang perempuan berkahwin, kawan yang tinggal hanyalah suami dia.
Pada suamilah mereka nak bercerita, nak berkongsi, nak bergurau, nak makan bersama, nak gosip dan nak mengumpat rakan sekerja.
Kadang-kadang, ada cerita yang dah 30 kali dorang cerita kepada suami depa tapi bila berbual mereka akan cerita lagi cerita yang sama buat kali ke 31.
Tapi ada suami yang tak berapa faham tentang benda ni.
Ada suami yang acuh tak acuh je layan bini.
Bila bini ajak berbual, suami buat layan tak layan je. Tapi bila sembang dengan kawan-kawan punyalah meriah tak ingat dunia.
Suami-suami, kita kena ingat isteri kita adalah separuh jiwa kita.
Kita memang tak berapa nak rasa sebab kadang-kadang kita yang laki ni boleh tendang bola atau pi memancing untuk realese tension kita.
Tapi perempuan takde banyak benda yang dorang boleh buat untuk realesekan tension dorang.
Sebab tu bila dalam kereta, bila balik kerja, bila nak tidur, mereka cari kita nak bercerita tentang apa yang mereka tak puas hati hari tu.
Pada mereka, dengan bercerita pada suamilah, mereka dapat realese segala yang terbuku dalam jiwa dorang. Bila mereka dapat cerita dan luah, mereka rasa lega dan dapat tidur lena malam tu.
Tapi perkara ini, ramai suami yang terlepas pandang. Mereka fikir isteri mereka just membebel je kat telinga depa.
Dan ramai suami gagal jadi pendengar yang baik.
Foto: styletribunews
Ramai yang salahkan si isteri yang sengaja membocorkan keaiban suami dorang tapi kalau kita kaji puncanya bukankah yang salah ialah suami dia kan? Orang lebih salahkan isteri, isteri nusyuzlah, derhakalah, tapi yang suami main kayu 3 tu tak pulak dimentionkan salahnya.
Ada jugak suami yang sebelum kahwin dengan seseorang perempuan tu, dia pandang bakal isteri dia tu umpama bidadari syurga. Takde perempuan secantik bakal bini dia tu.
Tapi bila dah kahwin boleh pulak laki tu tengok semua perempuan lain lagi cun daripada bini dia. Ini kadang-kadang adalah masalah sesetengah kaum suami.
Tapi perempuan tak macam tu.
Bila dorang dah kahwin dengan seseorang lelaki ni, tak kiralah hensem ke, tak hensem ke, berharta ke, papa kedana ke, dalam kepala dorang dah set, itulah suami dia.
Sebab tu, perempuan ni adalah makhluk Tuhan yang paling setia.
Ramai laki tak sedar diri bila ada duit lebih sikit mereka nak kahwin sorang lagi. Cari yang lebih muda. Tinggalkan isteri tua yang dah tolong dia sejak dari awal dia bina kerjaya dan kehidupan dia. Ini satu lagi masalah kaum lelaki.
Pada aku kan, perkahwinan ni bukan perkara suka-suka atau benda main-main. Janganlah buat bini ko syakwasangka dengan ko.
Pada suami, janganlah buat bini awak sangka buruk kat awak. Sembunyi-sembunyi henset, sorok henset. Bini nak tengok henset, awak marah.
Semua suami kena tahu yang bini dorang sayangkan dorang mengalahkan segala benda yang kat dunia. Pada dorang kasih sayang tak boleh nak bahagi-bahagi. Sebab tu ramai isteri yang mintak cerai kalau suami dia nak kahwin lain.
Oleh itu, jadilah seorang suami yang pandai dan mithali.
Kalau bini tak berapa nak cantik dan tak pandai bergaya, belilah kosmetik, eye shadow, gincu, baju cantik-cantik, tudung Neelofa kat bini ko. Confirm dia boleh tranform jadi lebih cantik daripada Janna Nick.
Kalau ko ada duit lebih sikit belilah emas, beg LV atau apa yang orang perempuan suka, confirm dorang senyum sampai telinga. Korang nak pi main futsal malam-malam pun selamber je dapat lesen. Ini tak, asal bini ko nak beli handbag je ko kata membazirlah, apalah tapi yang ko tu boleh pulak tukar sport rim kete setiap bulan.
Tapi itulah, paling penting bagi suami, jangan just fikir nak bini ko cantik fizikal je. Dalaman dorang pun ko kena kasi cantik jugak.
Sekali sekala, jadilah imam kepada bini ko atau bacalah Yasin sama-sama. Sekali-sekala bawaklah bini ko pi ceramah agama. Jadikanlah rumah korang umpama taman-taman syurga asbab ko buat benda-benda baik ni. Nanti kalau contohnya ko pergi dulu dah tentulah bini ko jugak kan yang akan doakan ko dalam kubur.
So, kisah pak cik dan mak cik tadi buat aku terfikir.
Kebahagiaan yang hakiki bukanlah just pada harta benda je tapi kebahagian yang hakiki ialah bila suami dapat melengkapi isteri dan isteri dapat melengkapi suami. Itulah kebahagiaan yang hakiki.
Tak mahukah kita sama-sama berpegang tangan masuk ke dalam syurga sambil tersenyum kebahagiaan bersama isteri kita?
p/s: taglah laki ko. Biaq dia sedar diri sikit. Atau pakwe ko. Biaq dia ada rasa tanggungjawab sikit lepas kawin nanti. Kalau ko rasa bermanfaat, sharelah ye.
Yang baru kahwin 9 tahun: Muhammad Yusof
- Siakap Keli
BACA: "Awak Dah Lahirkan Anak, Susukan Anak, Bila Rambut Gugur Dan Bentuk Badan Berubah Adalah Salah Saya," - Suami
F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
BalasPadamInfo lebih lanjut : 5ee80afe :)
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**