Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Aliff Aziz Dibebaskan Dengan Ikat Jamin

29 Jul 2017
3 ulasan

Artis yang berasal dari Singapura, Aliff Aziz,26, yang ditahan semalam atas tuduhan memukul isterinya yang dalam pantang dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin menyatakan, suspek akan diberi jaminan hari ini berikutan siasatan kes sudah selesai.

Ujarnya juga, kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya bagi arahan selanjutnya.

Terdahulu, berita mengenai tindakan pelakon dan penyanyi terkenal ini mencederakan isterinya tular. Aliff Aziz didakwa menyebabkan kecederaan pada isterinya di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras susulan dari penemuan lelaki itu bersama wanita lain dalam satu bilik karaoke.

Isterinya, Bella Astillah, 23, menjadi tidak puas hati dan berlaku pertengkaran kecil sebelum dia dicederakan suaminya hingga cedera di muka dan lutut.

                            Video Temubual eksklusif Bella Astillah bersama Harian Metro

Aliff Aziz disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
    silakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya

    BalasPadam
  3. Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
    pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "