Foto: orthodontiiclimited
BACA: ''Katanya Kualiti Memang Sama Dengan Klinik '' Wanita Kongsi Derita Pakai Braces Murah Berharga RM580
Benda sebegini bukanlah boleh dibawa main, ia sesuatu yang serius, dan tidak sehararusnya dipakai hanya semata-mata untuk ikut fesyen.
Pemakaian pendakap gigi bukanlah untuk suka-suka sahaja, ia lebih kepada sesi rawatan gigi yang bermasalah.
Tapi, sekiranya pakar pergigian membenarkan anda memakai pendakap gigi, ketahuilah 11 perkara ini, akan apa yang perlu dilalui oleh mereka yang memakainya, dalam penjagaan dan pantang larangnya.
Foto: dentalcarenetwork
Ianya bergantung pada rawatan yang berbeza, mengikut jenis pendakap gigi yang digunakan. Paling sekejap adalah setahun, dan paling lama tiga tahun.
Ianya bergantung pada tahap penjagaan rapi setiap pemakai. Jika, acuh tak acuh menjaga gigi, maka lagi lama ia akan ditanggalkan.
2. Lepas tanggal
Bila sudah menanggal pendakap gigi ini, perlu berjumpa dengan doktor gigi, sekerap mungkin, bergantung pada keperluan untuk dapatkan pemeriksaan.
Bukan itu saja, Si pemakai juga digalakkan memakai penahan (retainer) 24 jam untuk enam bulan pertama agar gigi benar-benar kukuh dan teratur.
3. Jumpa pakar ortodontik
Untuk memastikan anda boleh pakai pendakap gigi, anda perlu berjumpa dengan pakar ortodontik untuk buat pemeriksaan lanjut.
Ujian X-ray akan dilakukan untuk menentukan jenis rawatan yang diperlukan. Sekiranya masalah serius, beberapa batang gigi perlu dicabut sebelum memasang pendakap.
4. Gigi kena sihat/bersih
Tiada masalah karies dan juga kesihatan diri yang baik sahaja boleh menerima rawatan seperti ini, serta mempunyai kesihatan mulut yang baik.
Makanan yang menyebabkan berlakunya karies seperti mengunyah gula-gula getah, dodol, coklat, ais krim dan juga makanan manis adalah dilarang sama sekali.
6. Wang
Jika anda bercadang ingin membuat pendakap gigi selain di hospital kerajaan, sediakan sahaja wang di tangan paling tidak RM3000 atau lebih.
7. Berus gigi
Setiap kali selepas makan, anda perlu memberus gigi dengan betul.
8. Getah pendakap gigi
Seandainya si pemilik tidak menjaga dengan betul, getah atau pun besi pendakap boleh putus.
Penjagaan yang tidak sempurna memerlukan tempoh yang agak lama untuk ditanggalkan. Sudah tentu kamu tidak keruan memakai pendakap gigi terlalu lama, bukan?
1. Besi (Staineless Steel)
Pendakap jenis ini umumnya mempunyai dua jenis warna iaitu perak dan emas, serta ada juga beberapa warna lain yang menjadi pilihan. Bagi mereka yang mementingkan harga, pendakap jenis ini menjadi permintaan tertinggi kerana murah daripada jenis lain.
Besi merupakan jenis pendakap yang kuat serta tahan lasak. Anda tidak perlu takut kerana ia tidak mudah patah atau pun pecah.
Ia elastik, membolehkannya ditukar pada bila-bila masa sahaja. Malah masa untuk rawatannya sekejap berbanding yang lain.
Jika tidak menjaganya dengan baik, anda berisiko mendapat ulser dan luka pada mulut.
Masih lagi di bawah kategori jenis pendakap tradisional, seramik lebih cantik daripada besi. Sama seperti di atas, ia juga sangat kuat dan tahan lasak. Paling penting, ia tidak jelas kelihatan ketika jarak jauh.
Sisa makanan sukar untuk terlekat di celah-celah pendakap, jadi pemakai lebih selesa mengenakannya. Sudah tentu ini lebih mahal daripada besi, malah lebih besar.
Ada sesetengah individu tidak mampu menahan kesakitan apabila menggunakan pendakap gigi seramik kerana ia memberikan tekanan yang kuat pada struktur gigi.
Bagi mereka yang mempunyai gigi putih dan bersih, boleh gunakan jenis ini, kerana lebih jernih dan sukar untuk dilihat walaupun dari jarak dekat. Andai gigi kuning lebih elok gunakan jenis seramik.
Lebih besar dan lebih mahal daripada jenis tradisional. Materialnya sungguh memuaskan hati. Warnanya sungguh putih dan disebabkan itu ia hanya sesuai untuk mereka yang bergigi putih berseri.
Keadaan dawai besi (bracket) yang sungguh terperinci ini tidak memudahkan keregangan dan juga kekotoran dalam jangka waktu yang singkat. Rawatannya juga memakan masa berbulan-bulan untuk menjaga kualiti dan kebersihan oral.
Bagi yang tidak ingin menampakkan sedang memakai pendakap gigi, doktor akan memberikan cadangan menggunakan pendakap gigi yang dipasang di bahagian dalam gigi.
Ia amat rumit dan memerlukan rawatan hingga berbulan-bulan lamanya. Tidak semua doktor gigi mampu membuatnya tanpa latihan yang tepat.
Pada mulanya, anda akan berasa susah untuk bercakap dan pastinya luka di bahagian mulut akan berlaku. Cuma anda kelihatan seperti biasa, tetapi hakikatnya anda sedang menggunakan pendakap gigi.
Bila dengar mengenai pendakap gigi, sudah pasti ia membuatkan diri turut bersemangat untuk memakainya. Tapi, harus diiingat bukan semua orang boleh memakainya, harus dilihat pada keadaan gigi juga. Lebih penting, biar berbelanja lebih, tapi selamat dan dipercayai. Jangan menjadi mangsa kepada pendakap gigi yang tidak berkualiti. – Siakap Keli
mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
BalasPadamKontak bbm 5EE80AFE :D
mari segera bergabung bersama kami di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g
BalasPadamsilakan daftar , deposit , mainkan dan menangkan hadiahnya
Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
BalasPadamminimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games
pin BB : D_8_E_B_A_A_7_C
Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
BalasPadamDi Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
ada CS ANGELNA yang cantik...
dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..