Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Terkejut Anak Bawa Balik Burung Gagak Putih Ke Rumah, Sangka Kisah Gagak Putih Hanya Dongeng Semata-Mata

11 Jul 2017
2 ulasan

Sabak Bernam: Seorang lelaki selama ini yang meyangka kisah gagak putih hanya dongeng semata-mata kini percaya burung berkenaan wujud, lapor Harian Metro.

Pandangannya itu berubah selepasa anaknya berjaya menangkap burung berkenaan dan membawanya pulang ke rumah, namun pada mulanya dia tidak percaya tetapi selepas melihat burung berkenaan dia terkejut.

“Ketika anak maklumkan dia menembak gagak putih, saya menyangka dia berbohong kerana gagak putih hanya kisah dongeng semata-mata.”

“Anak saya bersama rakannya menembak burung itu menggunakan pistol mainan peluru manik selepas pulang dari surau di Taman Air Manis, Khamis lalu.

“Pada mulanya, dia mengatakan mendapati ada objek bergerak di pokok mempelam dan menyangka ia burung nuri sebelum menembaknya sehingga jatuh,” katanya  kata Dr Mohd Hisham Surgi, 43 ketika ditemui di kediamannya di Taman Setia Jaya, Sungai Besar di sini, kelmarin.


Menurutnya, perkara itu dimaklumkan anaknya, Muhammad Amirul Fahmi, 15, ketika berada dalam kereta selepas selesai menunaikan solat Jumaat.

Dr Mohd Hisham yang juga pengasas Kolej Pengajian Tinggi Islam Al Insaniah berkata, burung itu telah dibawa pulang dan diserahkan kepada bapanya, Mohd Surgi Ngarib, 74.

“Bapa saya menyimpan burung itu di dapur rumah. Saya terkejut mendapati ia benar-benar gagak putih,” katanya.

Menurut beliau lagi, sejak bapanya merawat dan memberi makan kepada gagak putih itu, beberapa kejadian pelik turut berlaku.

Ketika ini, gagak putih itu masih sakit dan tidak mampu terbang.

Sementara itu, Mohd Surgi berkata, dia bercadang untuk meletakkan burung itu dalam sangkar lebih besar atau di muzium mininya di Sungai Besar.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "