Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Sedih Sangat Bila Ada Orang Marah Atau mengata Orang Berpurdah Pos Gambar Di FB Tak Ikhlas Dan Dikecam - Ustaz Ebit Lew

17 Jul 2017
3 ulasan


Mungkin sebelum ini kita pernah melihat wanita berpurdah memuatnaik gambar mereka di laman sosial, ada yang berselfie, ada sedang memotong rumput melakukan kerja lelaki, adayang kelihatan kelakuan mereka sama dengan wanita lain.

Kerana tindakan mereka ini ada netizen yang bertindak mengecam kerana bagi mereka jika melakukan hal sedemikian adalah lebih baik tidak berniqab atau berpurdah.

Namun, bagi penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew, dia melahirkan rasa sedih dengan tanggapan sedemikian, kenapa beliau sedih kerana ada segelintir mereka ini seperti menunjuk dan ada netizen kata patut ditegur? jom kita baca.

Gambar Hiasan

Saya sedih sangat bila tengok orang marah atau mengata orang berniqab berpurdah post gambar di fb dan kata mereka tak ikhlas dan pelbagai kecaman....saya cuma kata Allah sayang kita semua. Allah sayang kita semua..kitakan sebuah keluarga...

Ikhlas ini urusan Allah. Zaman Rasulullah saw ada seorang sahabat semasa perang bunuh seorang musuh Islam walau dia telah mengucap syahadah. Dia kata orang tadi tak ikhlas. Rasulullah saw tegur sahabat tadi dan kata adakah kamu telah belah dada dia dan tahu dia ikhlas atau tidak.

Ikhlas ini urusan Allah..seperti semut hitam berjalan atas batu yang gelap di waktu malam yang gelap gelita..jangan pernah periksa ikhlas orang. Saidina Umar ra sendiri jumpa Huzaifah ra pemegang nama orang munafik. Katanya aku nak tanya nama aku ada tak dalam senarai orang munafiq. Orang yang dekat dengan Allah risaukan dirinya..

Saya sebenarnya bila tengok remaja dan anak muda berpakaian menutup aurat sempurna atau berpurdah berniqab saya rasa teramat gembira. Biarlah mereka bergembira dan berhias mengikut syariat. Doakanlah yang baik-baik untuk semua orang. 

Tahniah dan teruskan Allah sayang kamu semua. Dalam keadaan dunia mencabar hari ini, saya hormat pada sesiapa berjaya menjaga perintah Allah. Dalam keadaan ramai mak ayah risau anak mereka tak menutup aurat, syukur budaya ini menjadi umum hari ini. Terima kaseh Allah..

Memandang rendah atau hina pada orang yang tidak menutup aurat atau sexy pun salah. Kita tak suka maksiat. Tapi kita sayang mereka kerana Allah. Kita nak semua orang di maafkan dan masuk syurga. 

Semua orang buat silap tapi yang terbaik yang minta ampun..kita doakan yang baik-baik buat semua. 

Ya Allah mereka lebih baik dari kami berilah mereka dapat menutup aurat dengan sempurna...kita semua sedang berusaha nak Redha Allah..

Janganlah memurkai kesalahan orang lain seolah-olah kita tak pernah buat salah. Kita tengok orang solat tapi tak menutup aurat. Hargai solat mereka. Gembira tengok mereka solat. Kemudian bantulah mereka menutup aurat..tengok orang suka tolong orang susah tapi belum solat. Hargai mereka. 

Doakan mereka. Bantu mereka supaya dapat solat. Jangan memandang rendah pada mana-mana kebaikan atau keburukan sebab kita tak tahu mana yang menyebabkan Allah sayang atau murka dengan kita. Kita semua belum tahu nasib kita nanti. Seluruh dunia pun tahu salah satu ciri profesional ialah kita tak kaitkan individu dengan jantina, agama, cara berpakaian, atau bangsa. Itu di dipanggil diskriminasi.

Saya selalu dakwah wanita saat bila mereka menutup aurat walau belum sempurna saya menangis gembira. Syukur sangat. Sangka baiklah dan hargai kebaikan orang lain. Sebenarnya bukan soal mereka. Tapi soal hati kita yang melihat. Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati kenal Allah sentiasa belajar mencari kebaikan orang.

Rasulullah saw doakan hidayat buat musuh Islam. Doa buat orang Thaif. Doakanlah hidayat buat semua orang. Sebenarnya ini semua salah saya - ebit lew.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari coba keberuntungannya disini F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G
    Kontak bbm 5EE80AFE :D

    BalasPadam
  2. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

  3. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "