Saya Mohon Maaf Atas Kesilapan Dan Ketidakjujuran Saya
Sejak beberapa hari lalu tersebar sebuah rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan gelagat seorang lelaki yang telah mengambil dompet yang terjatuh atas kerusi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keramat.
Video itu telah menjadi tular selepas pemilik dompet berkenaan mahu mendapatkannya semula kerana memerlukan kad pengenalannya semula untuk urusan harian.
Hari ini tampil seorang lelaki mengaku sebagai orang yang mengambil dompet berkenaan dan dia telah membuat permohonan maaf dengan ketelanjuran yang dia lakukan itu selain memberitahu yang dia telah menyerahkan dompet tersebut kepada pemiliknya.
Berikut adalah pengakuan dan permohonan maaf beliau.
Salam, berkenaan viral ambil dompet tu. Saya dah pulangkan pada tuan asalnya pada malam kejadian itu juga.
Kesilapan dan ketidakjujuran saya, saya mintak maaf. Saya telah serahkan(dompet) pada anak tuan empunya pada malam khamis, 29/6 melalui seorang rakan. Sebab saya ''on duty'' ketika itu.
Jika perlukan sebarang kepastian dalam kes ni, boleh segera PM or call 017366****, kesilapan dan kekilafan saya, saya mohon maaf. Terima kasih.
Beliau telah memuatnaik status permohonan maaf berkenaan ke laman Facebooknya sebentar tadi. - Siakapkeli.my
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)
BalasPadamYang seruu ... dan ada hasil ,, penasaran ?? Yuk ini add saja 7+A//C+D/\8\/5[6[0]
BalasPadam
BalasPadamjoin yuk di www.arenadomino.com
minimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games