Foto: sheknows
Namun begitu, tidaklah sewenang-wenangnya dalam mengambil apa juga kerja yang ada, ia seharusnya mengambil kira beberapa aspek penting sebelum buat keputusan untuk mengambil peluang pekerjaan tersebut.
5 Perkara Yang Harus Dipertimbangkan Dalam Mencari Pekerjaan
Ini adalah salah satu senarai yang perlu dipraktikkan bila mana mencari syarikat atau jawatan untuk pekerjaan, yang boleh membuatkan kita lebih maju dan berjaya.
1. Tujuan
Adakah anda yakin akan apa yang syarikat tersebut lakukan atau jual?
2. Ganjaran
Adakah syarikat tersebut mempunyai reputasi yang baik dalam mengimbangi hak pekerja, seperti tawaran gaji, atau kelebihan-kelebihan lain?
3. Peluang berkembang
Adakah syarikat tersebut memberikan peluang untuk memainkan tanggungjawab atau tugas dengan baik, dan memperoleh kemahiran yang baru, melebihi dari jawatan yang anda minta?
4. Rakan sejawat
Bolehkah anda bekerjasama dengan rakan sejawat mengikut budaya mereka (dari segi masa, gaya komunikasi, pembahagian kerja dan kehidupan harian, lain-lain)?
5. Lokasi
Dari tempat tinggal, berapa lama masa diperlukan untuk ke tempat kerja (atau kerugian), 5 hari seminggu?
Berikut merupakan antara kriteria yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam memilih pekerjaan, supaya ia tidak mengganggu prestasi kerja, dan membolehkan kita bekerja dalam susana yang selesa, yang mana tidak memberikan tekanan yang melampau. – Siakap Keli
Sumber: Jonathan Yabut
b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)
BalasPadam