Chengdu - Polis di China menggunakan cara kreatif bagi memastikan penunggang motosikal dan pemandu kereta memperlahankan kenderaan ketika orang ramai melintas iaitu dengan melukis lintasan zebra tiga dimensi (3D).
Lintasan zebra unik itu dilukis di dua simpang sibuk di Chengdu bagi memastikan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan mereka supaya 'tidak melanggar' garisan itu dengan laju.
Selain itu, lintasan itu juga dilukis dalam warna biru, kuning, dan putih.
Polis berkata objektif mereka berbuat yang demikian adalah untuk mencipta ilusi kepada pemandu yang mereka akan terlompat terlanggar benjolan jika memandu secara laju.
"Selepas kita buat begini, lagi ramai pemandu belajar untuk memperlahankan kenderaan dan memberi laluan kepada pejalan kaki di laluan itu," kata pegawai Yuan.
Penduduk di Chengdu memuji tindakan polis itu dengan berkata ianya berkesan.
"Sebelum ini, kereta tidak mahu memberi jalan kepada pejalan kaki. Tapi sekarang, dengan lintasan berwarna-warni ini, mereka perlahankan kereta," kata seorang penduduk di sini.
Polis berkata mereka akan menganalisis hasil dari eksperimen itu dan akan mengembangkannya jika berjaya.
Zebra #crossing is to be found everywhere. But have you seen a 3D zebra crossing before? (PearVideo) #traffic pic.twitter.com/u4ja5adr2o— China Daily (@ChinaDailyUSA) July 1, 2017
Sumber: Shanghaidaily.com
segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
BalasPadamdan menangkan hadiah menariknya
Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
BalasPadamDi Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
ada CS ANGELNA yang cantik...
dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..