Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menteri India Dikecam Selepas Kantoi Kencing Merata-Rata

1 Jul 2017


New Delhi - Seorang menteri di India menjadi topik perbualan hangat netizen di negara itu selepas fotonya yang sedang kencing sembarangan tersebar di internet.

Times of India (TOI) berkata, menteri yang berumur 67 tahun itu melempiaskan hajatnya di satu tembok sebuah sekolah ketika dalam kawalan tentera bersenjata.

"Menteri buang air kecil di tempat terbuka, memicu kecaman," demikian tajuk berita Time of India pada Jumaat.

Lebih teruk, tambah TOI, foto menteri terbabit memenuhi 'panggilan alam' tersebut di daerah pemilihannya sendiri.

Selepas tersebarnya foto itu, netizen di India sekaligus men-troll menteri terbabit dan partinya.

"Lihat, menteri sedang merasmikan sebuah pengairan di kawasan yang nampak kekeringan dengan kawalan yang ketat," kata Rashtriya Janata Dal, seorang pembangkang di Twitter.

"Menteri itu memberi menyumbang untuk 'Program India Bersih'," tambah ahli politik itu.

"Sangat hebat...bangga memiliki menteri seperti Radha Mohan Singh yang mahu menyiram rumput sendiri," ujar seorang netizen.

Kerana mendapat pelbagai kecaman, para menteri menyalahkan media kerana memuat naik foto berkenaan.

"Buang air kecil adalah benda biasa buat manusia, jadi kenapa hal seperti ini dipersoalkan untuk mencipta kontroversi?" kata menantu kepada menteri berkenaan.

Sumber: Suara
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F4NS B3TT1N9, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. Yang seruu ... dan ada hasil ,, penasaran ?? Yuk ini add saja 7+A//C+D/\8\/5[6[0]

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "