Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Langkah-Langkah Bagaimana Untuk ‘Transfer’ Duit Raya Anak Ke Dalam Akaun Tabung Haji Melalui Maybank2u

8 Jul 2017
5 ulasan

Kita masih lagi di dalam bulan syawal, yang mana mungkin di saat ini banyak jemputan ke rumah terbuka yang akan dihadiri, sama ada orang poerseorangan mahu pun dari syarikat tempat kita bekerja.
Dalam pada menghadiri rumah terbuka, mungkin ada di antara mereka yang memberikan duit raya kepada anak-anak kita, dan pada awal perayaan dahulu juga, sudah pasti anak-anak banyak menerima duit raya, dari keluarga, jiran, dan sanak-saudara.

BACA: Anak-Anak Terima Duit Raya, Ibu Bapa Boleh Gunakan Cara Simpanan Ini Untuk Pelbagai Kegunaan Masa Depan Mereka

Dalam kesibukan, mungkin ada ibu bapa yang masih memegang duit raya anak-anak, kerana tidak sempat untuk memasukkannya ke dalam bank untuk dijadikan simpanan, sama ada dalam SSPN-I, untuk simpanan pendidikan, mahu pun, Tabung Haji.

Bagi yang sudah memiliki akaun TH, apa kata masukkan duit raya anak-anak ke dalam TH, dan ianya lebih mudah dengan hanya melalui atas talian sahaja, iaitu dengan Maybank2u.

Mari kita lihat, bagaimana caranya.

TRANSFER DUIT RAYA ANAK KE AKAUN TH MELALUI M2U

Untuk ayah ibu yang baru nau ada anak kecil tahun ni, korang masukkan duit raya anak ke akaun mana? Jangan biar dalam dompet korang pulak ya, bahayaaa.

Kalau akak, buat masa ni akak masukkan ke akaun TH. Baru sat ni settle urusan alhamdulillah.

Akak rasa penting untuk link M2U akak ke akaun TH anak sebab akak tak bekerja dan tak buat potongan gaji. So kita kasi potong sendiri.

3 langkah besar sahaja, walaupun nak menapak ke bank tu beratus langkah.

First sekali, kenalah buka akaun TH anak. Dan kau sebagai penjaga pun KENA ada akaun TH sendiri.
No. siri buku akaun TH si ibu ada di belakang cover depan.

Akak dah bukak akaun TH Tolhah bulan April lepas jadi tinggal nak setting kat ATM je.

Step kedua, pergi mana-mana ATM Maybank. Cucuk kad, masuk nombor PIN, tekan 'Tabung Haji'.

Lepas tu, tekan 'Daftar Akaun TH Ke Kad ATM'. Yang ni, kau masukkan:

 NOMBOR AKAUN TH SENDIRI
✔ Nombor siri buku akaun (ada di belakang cover page depan).

No. siri buku akaun TH si anak ada di belakang cover belakang 

Dah settle ni, kau tekan pulak 'Daftar Akaun TH Kanak-kanak Ke Kad ATM'. Yang ni, kau masukkan:

✔ NOMBOR AKAUN TH ANAK
Nombor siri buku akaun (yang ni kat belakang cover page belakang pulak)
 Nombor IC anak

Settle step kedua.

Waktu ni rasanya dah boleh dah terus bank in kat ATM tu ke akaun TH anak, cuma sebelum tu akak saja masukkan semua duit raya dalam akaun akak dulu untuk test transfer guna M2U balik nanti.

Last sekali akak log in M2U. Pergi klik 'Accounts & Banking', klik 'Transfers', dan klik 'Tabung Haji'. Nanti keluar macam-macam pilihan.


Untuk transfer ke akaun anak, klik 'Maybank to 3rd Party TH Account transfer'. Tengok gambar ek.
Masukkan jumlah, nombor akaun anak, dan nombor IC anak. Nanti page seterusnya akan keluar nama anak, sebab kau dah daftar kat step kedua tadi.


Lepas masuk TAC, alhamdulillah successful. Tapi kena caj RM1.06 la yo.

Tunggu apa lagi, pi masukkan duit anak lekaih.

Atiqah Hassan
Ibu anak 1

Sumber: Atiqah Hassan

- Siakap Keli
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 5 ulasan )
  1. PUNYA MASALAH DENGAN KEUANGAN ANDA?
    SEGERA INVITE 7ABE016D ATAU KUNJUNGI WEB #Jarumpk

    BalasPadam
  2. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam
  3. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  4. NUMPANG PROMO BOSKU
    SILAHKAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO
    BANYAK PROMO MENARIK !

    BalasPadam

  5. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "