Mungkin ramai sudah tahu yang memberi susu botol atau puting tipu boleh menyebabkan berlakunya keries suus, karies gigi dan gigi anak jongang jika salah cara penjagaannya.
Masalah karies susu ini berpunca daripada pelbagai sebab yang sebenarnya kita tidak sangka kerana ianya selalu kita lakukan.
Dikongsikan oleh seorang ibu bernama Nurul Shazalina Zainudin di mana anaknya terpaksa menjalani pembedahan membuang giginya akibat karies susu, jom kita baca.
KARIES SUSU
Ramai yang bertanya kenapa gigi akil perlu dibuang?
Saya kongsikan di sini supaya kita semua mengambil iktibar.
Sebenarnya bukan salah anak pun. Tapi salah ibu bapa.
Kenapa?
Sebab gigi akil rosak kerana kecuaian saya dan kekurangan ilmu tentang penjagaan gigi.
Akil kena karies susu.
Giginya hancur kerana suka hisap botol waktu tidur. Ditambah pula susah nak gosok gigi. Puas berperang. ( punca dari ibu bapa iaitu saya juga sebab tak didik sedari bayi).
Bila dia dah putus susu badan, kami beri susu formula. Mulanya terfikir juga nak bagi susu kotak je, tapi suami kata tak apa, kita bagi yang terbaik pada akil. Insyaallah duit boleh cari. Fikir kami saat itu. Maklumlah anak pertama, tiada ilmu penyusuan.
Rupanya sangkaan kami meleset jauh. Kalau kami teruskan niat bagi susu kotak, mungkin selamat gigi akil sebab akil tak boleh minum sambil tidur.
Bila bancuh susu dalam botol, dia sedaplah bawa ke tidur. Dan akil sangat kuat menyusu. Satu malam 2 3 kali bangun nak susu. (Antara punca saya tak cukup tidur juga).
Banyak kesan buruk dari tabiat menyusu botol kuat. Pertama, bila dia kemam dalam mulut semalaman, bakteria mulut dan gula dalam susu akan jadi berasid lalu menghakis giginya.
Kedua, akil jadi tak selera makan makanan lain. Asyik minum susu je.
Ketiga, duit banyak habis beli susu. Bukan murah susunya.
Tambahan pula kami tak didik akil gosok gigi dari bayi. Bila dah besar memang susah nak paksa.
Bila dia nangis meraung, saya lembut hati.
Nampak tak, anak tak salah. Saya yang salah.
Tapi alhamdulillah saya cepat sedar.
Banyak kali saya bawa ke klinik. Akhirnya saya ke klinik pergigian kesihatan dan minta direfer ke hospital. Barulah nampak jalan untuk sembuhkan gigi akil.
Yang rosak teruk memang perlu diremove.
Dan saya berhentikan terus susu akil.
Ramai juga kata susu tak salah. Tapi pada saat ini, amat sukar kalau saya tak hentikan susu akil.
Makin parah giginya. Dan dah terlewat untuk didik ubah tabiat minum susu di waktu malam.
Jalan terbaik,hentikan susu botol.
Hasilnya dia kuat makan dah.
Jadi sahabat sekalian, jom kita betulkan cara yang salah. Jom tambah ilmu tentang penjagaan gigi.
Dan yang mana gigi anak dah rosak, cepat2lah bawa ke klinik. Ikut nasihat mereka. Jangan tangguh2.
Sekian,
Mama akil yang masih rasa bersalah
Ps: sebelum gigi dia rosak, akil memang tak makan coklat atau benda manis. Totally susu.
Dan jangan ingat susu botol je, susu badan pun kalau anak kerap mengempeng boleh kena karies jugak. Jadi semua perkara kena besederhana.
Punca-punca Karies susu dan cara pencegahan.
- Siakapkeli.my
segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
BalasPadamdan menangkan hadiah menariknya
Yuk daftarkan diri anda bersama kami di k.e.l.i.n.c.i.99 ya..
BalasPadamDi Add Ya kontak 2.B.1.E.7.B.8.4...
ada CS ANGELNA yang cantik...
dapatkan freechip 5000 setiap hari nya..