Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jururawat Berhadapan Detik Cemas Temui Bom Dilekat Pada Kereta Saga Miliknya

9 Jul 2017


Klang - Seorang jururawat berhadapan detik cemas apabila menemui sejenis bom buatan sendiri yang dilekatkan di keretanya dalam kejadian di sini malam tadi.

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian pada jam 10 malam itu, jururawat berusia 27 tahun terbabit memandu kereta Proton Saga untuk pulang ke rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadil Ahmat berkata ketika memandu, jururawat itu terdengar bunyi pelik sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar bagi meminta bantuan.

Hasil pemeriksaan oleh bapa saudara jururawat itu mendapati ada sejenis objek yang diubahsuai seperti bahan letupan dilekap ada bumper kereta mangsa.

Menurutnya, polis dihubungi dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED).

"Ia boleh menyebabkan letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa," katanya hari ini.

Objek terbabit juga didapati mempunyai dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam selain dilengkapi dengan papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.

IED itu telah dimusnahkan di padang bole bersebelahan Balai Polis Kapar dengan robot pemusnah bom.





Sumber: Harian MetroNST OnlineUtusan Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. NUMPANG PROMO BOSKU
    SILAHKAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO
    BANYAK PROMO MENARIK !

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam

  3. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam
  4. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "