Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Janda Cedera Tertusuk Diri Sendiri Selepas Bertengkar Dengan Teman Lelaki 17 Tahun, Nekad Putuskan Hubungan

9 Jul 2017

Alor Setar, 9 Julai - Seorang janda yang berusia 25 tahun cedera di pinggan belah kiri selepas dia tertikam dirinya sendiri dengan pisau ketika bertengkar dengan teman lelakinya yang berusia 17 tahun di rumahnya di Kubang Rotan, Alor Setar di sini.

Pertengkaran itu dikatakan tercetus kerana cemburu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 3.30 pagi itu, lelaki itu cemburu selepas teman wanitanya itu menghubungi lelaki lain untuk meminta bantuan menghantarnya ke Pulau Pinang untuk melawat bapanya yang sakit.

Wanita itu berkata, sebelum kejadian dia ada menghubungi rakan lelakinya meminta bantuan berkenaan namun disedari teman lelakinya yang datang ke rumah selepas terlihat nombor itu di dalam telefon bimbit seterusnya menyebabkan pertengkaran antara mereka.

Menurut Harian Metro, lelaki itu juga merupakan anak angkat bapa tirinya.

"Saya yang tidak tahan dipukul kemudian mengambil pisau di dapur untuk mempertahankan diri namun dia datang untuk merampas menyebabkan berlaku pergelutan sebelum saya tertikam diri sendiri sementara dia turut cedera di tangan.

"Darah ketika itu keluar tidak henti-henti dan keadaan saya sangat lemah dan hanya teringatkan keluarga sebelum teman lelaki menghubungi bapa tiri saya memaklumkan kejadian itu," katanya kepada portal itu.

Katanya, bapa tirinya yang tiba tidak lama kemudian terus membawanya ke hospital dan terpaksa menerima empat jahitan sebelum dibenarkan keluar wad hari ini.

"Saya baru sebulan menjalinkan hubungan dengannya dan tidak sangka kejadian ini berlaku namun nekad ingin memutuskan hubungan ini," katanya.

Suspek telah ditahan reman oleh polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Ayo daftarkan diri Anda di F4NS B3TT1N9 :)
    pin bbm 5-E-E-8-0-A-F-E

    BalasPadam
  2. mari coba keberuntungannya bersama kami di updatebetting
    ditunggu apalagi,ayo buruan daftar

    BalasPadam

  3. join yuk di www.arenadomino.com
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 7 games

    BalasPadam
  4. join yuk guys di areatoto.com
    ada games seru lo di sini guys
    ada sportbook togel casino sabung ayam
    hanya dengan 1userid sudah bisa bermain semua games lo

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "