Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cara Bagaimana Untuk 'Claim' Kembali Baki Wang Di Dalam Kad Touch N Go Sekiranya Kad Hilang

7 Jul 2017
4 ulasan

“Tadi beru jer top-up kad Touch N Go, bila nak guna dah hilang, mana perginya?”. 

Pernah alami situasi seperti di atas, yang mana dalam kekalutan, singgah di stesen minyak, untuk tambah nilai kad Touch N Go, tapi bila nak digunakan, tak tahu ada di mana.

Cari punya cari tak jumpa juga. Nak dijadikan cerita, dah la tambah nilai banyak, takkan nak biarkan macam itu saja, nak beli kad baru memang lah boleh, tapi nilai dalam kad lama tu, nak biar macam tu sahaja?

Mestilah rugi kan?

Sebenarnya, boleh sahaja kita tuntut atau ‘claim’ kembali duit yang ada dalam kad Touch N Go yang hilang itu, ada beberapa langkah yang harus dilakukan terlebih dahulu, dan syarat yang perlu dilakukan.

HILANG Kad Touch N Go [ Petua 'Claim' Duit Yang Baru Di Top-Up ]

Pagi ini baru top up touch n go sebanyak RM200 di kedai minyak BHP. Selepas top up lupa pula mana diletak kad tersebut apabila ingin melepasi tol lebuhraya Kesas.

Pertama:

Saya hubungi pejabat Touch N Go di 03 2714 8888. Dinasihati oleh pegawai untuk BLOCK kad daripada di salah guna orang lain. 

Kad boleh di block di atas talian. Sama seperti kes hilang kad kredit.


Kedua:

Pegawai Touch n Go memberi arahan untuk tulis sekeping surat kepada pejabat Touch n Go dan surat itu boleh di fax ataupun di email. 

Kandungan surat perlu ditulis nombor kad, nama, nombor telefon dan nombor akaun untuk dimasukkan wang pulangan. Juga diperlukan fotostat gambar ic.

Wang akan dikembalikan dalam masa 30 hari.

PETUA: Sila catitkan nombor kad Touch n Go anda di dalam buku rekod supaya senang buat laporan kad hilang kelak.

Nasib saya resit top up masih ada pada saya.

Seperti yang telah dikongsikan oleh Eddie Soh, wang tersebut akan dikembalikan semula dalam tempoh 30 hari, dan dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberikan kepada pihak Touch n Go sewaktu membuat aduan/laporan. - Siakap Keli

Sumber: Eddie Soh

BACA: Paparan Skrin Smart Tag Rosak? Lelaki Ini Tunjukkan Cara Mudah Dan Berkesan Baiki Smart Tag


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. AGENT Fansbetting GAME ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA
    Minimal Deposit & Withdraw = Rp.50.000,
    – Live Chat ( www.Fansbetting.co )
    – PIN BB : 5EE80AFE
    – Whats App : +855 963156245
    – Line : Fansbetting
    – Skype : fans.betting
    Terima kasih, Salam Admin Fansbetting

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam
  3. PUNYA MASALAH DENGAN KEUANGAN ANDA?
    SEGERA INVITE 7ABE016D ATAU KUNJUNGI WEB #Jarumpk

    BalasPadam
  4. NUMPANG PROMO BOSKU
    SILAHKAN GABUNG DI #DEWA-LOTTO
    BANYAK PROMO MENARIK !

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "