Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Hanya Kerana Gambar Terus Menghina Dan Menghukum, Itukan Dah Berdosa," Sajat Ulas Gambar Beliau 'Hamil' Tular

7 Jul 2017
3 ulasan

Nampaknya nama usahawan terkenal, Nur Sajat Kamarul Zaman, 32, kini begitu menjadi sebutan, setiap kali buka Facebook pasti akan ada pelbagai kisah mengenai beliau dibincangkan oleh netizen.

Terbaru hangat  dibincangkan di media sosial sekeping Sajat yang menunjukkan perut beliau buncit seperti perempuan mengandung, tetapi kepsyen yang disertakan hanyalah ''Kenangan Ku...".

Memetik laporan mStar Online, Sajat mengakui gambar berkenaan adalah dirnya, menurut beliau gambar itu diambil pada tahun 2013 lalu semasa dia masih bergiat aktif dalam dunia model, ketika itu dia menggayakan watak wanita mengandung untuk pembikinan ‘flash mob’ bagi sebuah video komersial, dan ia dimuat naik di akaun Instagramnya.

Memang saya ‘upload’ gambar ni, tapi tujuannya hanya berkongsi kerjaya Sajat saja. Sajat dulu seorang model dan penari. Dan gambar Sajat mengandung ini adalah lakonan Sajat menjadi wanita mengandung.

“Dulu pun biasa jadi pelakon tambahan, jadi tak salah kita nak jadi watak apa pun. Tak ada pun yang lebih, yang terlebih mengata itu adalah netizen,” katanya.


Ketika ditanya mengenai pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi punca gambar tersebut tular, Sajat menegaskan adalah biasa bagi mereka yang mencemburui kejayaan dan populariti yang dikecapinya kini.

Biasalah, orang cantik selalu kena kecam. Sajat tahu apa Sajat buat. Jangan hanya kerana gambar, mereka nak menghina dan menghukum Sajat. Itukan dah dosa.”

“Dulu Sajat sekadar orang biasa, makan gaji dan kehidupan macam orang biasa. Tapi tak ada pula yang nak kecam.

“Bila Sajat dah berada di tahap sekarang, banyak yang cuba nak memperlekehkan Sajat, itu adalah normal. Apapun yang Sajat lakukan, mak ayah tahu,” katanya.

Ditanya kepada Sajat adakah dia mempunyai keinginan untuk keinginan untuk mengandung, “Kalau ada jodoh kahwin baru kita tanya soal anak. Itu semua rezeki daripada Allah.” katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam
  2. PUNYA MASALAH DENGAN KEUANGAN ANDA?
    SEGERA INVITE 7ABE016D ATAU KUNJUNGI WEB #Jarumpk

    BalasPadam
  3. SITUS BANDAR ONLINE 2017 #DEWA-LOTTO
    BURUAN BERGABUNG SEKARANG JUGA

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "