Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

3 Simptom Biasa Pada Kucing Jika Terkena Rabies

19 Jul 2017

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kes rabies atau anjing gila yang dilaporkan berlaku di negara ini. Kes-kes ini juga membuka mata umum bahawa penyakit rabies ini bukan sahaja dibawa oleh anjing, malah haiwan mamalia lain seperti kucing.

Penyakit viral ini boleh menyebabkan maut dan boleh berjangkit kepada manusia. Kebiasaannya, rabies tersebar menerusi air liur haiwan yang sudah terjangkit dan penyebaran itu berlaku menerusi gigitan.

Rabies juga boleh berjangkit menerusi cakaran kucing atau haiwan-haiwan lain yang sudah terjangkit.

Jadi, amatlah penting untuk umum mengambil tahu tentang penyakit ini terutamanya jika ada membela haiwan di rumah seperti kucing.

Terdapat dua jenis rabies; iaitu paralytic dan furious. Pengeraman rabies, secara puratanya, adalah antara satu hingga tiga bulan. Bagaimanapun proses itu boleh menjadi lebih cepat dengan cuma memakan masa satu hari sahaja dan juga mungkin lambat sehingga memakan masa setahun.

Setelah simptom bermula, virus itu mula menyerang dengan cepat.

Terdapat simptom awal jangkitan rabies yang dikenali sebagai prodromal. Menurut petmd, simptom awal ini akan berlangsung selama dari satu ke tiga hari.

Dari tahap prodromal, kebanyakan kucing akan terbawa ke tahap furious atau tahap paralytic atau kedua-duanya sekali.

1 - Simptom Prodromal

Ketika tahap pertama rabies - yang juga dikenali sebagai tahap prodromal - kucing itu akan berubah dari segi perangainya. Kucing aktif akan menjadi gugup, ketakutan serta lesu manakla kucing yang lembut akan menjadi gelisah, agresif dan banyak mengiau. Dengan bahasa mudah, kucing yang diserang rabies akan menjadi diri mereka yang sebaliknya ketika di tahap Prodromal.

2 - Simptom Furious (Garang)

Apabila memasuki tahap kedua atau tahap furious, kucing akan dilihat sangat sengsara, agresif dan ganas. Kucing yang sudah berada di tahap ini sangat senang jika diprovokasi dan biasanya tidak akan teragak-agak untuk menyerang.

3 - Simptom Paralytic (Lumpuh)

Tahap paralytic juga dipanggil 'dumb rabies'. Kucing akan memasuki tahap ini selepas tahap Prodromal atau Furious. Di tahap ini, kucing akan mengalami kelumpuhan otot tekak dan mulut, menyebabkan air liur meleleh kerana tidak boleh menelan air liur mereka.

Kebanyakan kucing yang mengalami tahap ini biasanya akan mati akibat kegagalan pernafasan.

Apa yang perlu dibuat jika rasa kucing dijangkiti rabies?

Jika anda merasa kucing anda dijangkiti rabies, hubungi veterinar cepat-cepat. Jika kucing itu masih boleh dikawal, kurung dan bawanya ke veterinar untuk dikuarantin dan tindakan lanjut. Jika kucing itu bertindak garang, cuba hubungi pihak yang mampu menangkapnya seperti penangkap haiwan.

Sumber: PetMD

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*I*N*G Aman dan terpercaya
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari bermain bersama kami di ION QQ
    banyak hadiah dan bonus yang menanti anda.
    depo/wd minimal 15.000 tidak ada batasan maksimal wd,berapapun anda menang akan kami bayar,di sini tempat nya Player Vs Player ( 100% No Robot)
    pin BB 58ab14f5.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "